Kereta terbakar dihempap lori tangki: Jenazah ibu, anak selamat dikebumikan

LocalCars
17 Aug 2026 • 4:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kereta terbakar dihempap lori tangki: Jenazah ibu, anak selamat dikebumikan
Saifulnizam tidak dapat menahan sebak selepas selesai pengebumian arwah anak dan isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang di sini pada Isnin. Foto SINAR HARIAN/NORAWAZNI YUSOF
Image from: Kereta terbakar dihempap lori tangki: Jenazah ibu, anak selamat dikebumikan
Saifulnizam menyiram air di pusara isterinya, Nur Fatimah Syuhada selepas selesai pengebumian pada petang Isnin. Foto SINAR HARIAN/NORAWAZNI YUSOF
Image from: Kereta terbakar dihempap lori tangki: Jenazah ibu, anak selamat dikebumikan
Jenazah Nur Fatima Syuhada dan anaknya, Muhamad Fattah Aisy Naufal disolatkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Kampung Sanggang di sini pada Isnin. Foto SINAR HARIAN/NORAWAZNI YUSOF
Image from: Kereta terbakar dihempap lori tangki: Jenazah ibu, anak selamat dikebumikan
Saifulnizam mengiringi jenazah isteri dan anaknya buat kali terakhir. Foto SINAR HARIAN/NORAWAZNI YUSOF
Image from: Kereta terbakar dihempap lori tangki: Jenazah ibu, anak selamat dikebumikan
Saifulnizam menyiram air di pusara arwah anaknya, Muhamad Fattah Aisy Naufal di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang di Temerloh di sini pada Isnin. Foto SINAR HARIAN/NORAWAZNI YUSOF

TEMERLOH – Jenazah ibu dan anak yang maut dalam tragedi kereta terbakar dihempap lori tangki di Jalan Temerloh-Triang, Jumaat lalu selamat dikebumikan dalam dua liang lahad bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang di sini pada Isnin.

Van yang membawa jenazah Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anaknya, Muhamad Fattah Aisy Naufal Saifulnizam, 12, tiba di pekarangan tanah perkuburan berkenaan kira-kira jam 2 petang.

Suasana pilu mengiringi upacara pengebumian yang dihadiri ratusan penduduk termasuk keluarga terdekat sebelum kedua-dua jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 2.30 petang.

**media[3617774]**

Suami mangsa, Saifulnizam Sulaiman, 39, turut berada di tanah perkuburan dan dilihat gagal menahan kesedihan selepas selesai pengebumian isteri serta anaknya.

Dia turut ditenangkan ahli keluarga yang berada di sisi sepanjang proses pengebumian dua insan tersayang itu.

Terdahulu, jenazah Nur Fatima Syuhada dan Muhamad Fattah Aisy Naufal dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Sanggang dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS).

**media[3617773]**

Kedua-dua jenazah dituntut keluarga pada jam 10 pagi selepas pengesahan identiti dibuat melalui perbandingan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bersama waris dengan bantuan Jabatan Kimia di Kuala Lumpur.

Pengesahan itu dilakukan susulan keadaan fizikal mangsa yang sukar dikenali akibat terbakar dalam kejadian berkenaan.

Jenazah kemudiannya melalui proses tayamum dan dikafankan di Unit Forensik HOHSAS sebelum dibawa ke masjid bagi urusan selanjutnya.

**media[3617772]**

Dalam kejadian petang Jumaat lalu, dua beranak terbabit terkorban akibat kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki terbabit yang bermuatan 32,000 liter bahan api manakala pemandu lori hanya cedera ringan.

Insiden itu menyebabkan mereka terperangkap di dalam kenderaan sebelum ditemui rentung.

**media[3617775]**

Sementara itu, pemandu lori tangki terbabit kini direman selama empat hari sehingga 18 Ogos bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala saringan ujian air kencing terhadap lelaki berkenaan didapati negatif dadah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved