Pilu! Tragedi kereta terbakar dihempap lori tangki, dua insan tersayang pergi selamanya, suami luah rasa kosong. 'Tengah nak kumpul jiwa balik'

17 Aug 2026 • 6:43 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Pilu! Tragedi kereta terbakar dihempap lori tangki, dua insan tersayang pergi selamanya, suami luah rasa kosong. 'Tengah nak kumpul jiwa balik'

PEMERGIAN dua insan tersayang dalam nahas ngeri di Jalan Temerloh-Triang pada Jumaat lalu benar-benar meruntun jiwa Saifulnizam Sulaiman, 39.

Ditemui Sinar Harian ketika pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang, Temerloh,  suami kepada Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan bapa kepada Muhammad Fattah Aisy Naufal Saifulnizam, 12, itu kelihatan lesu dan meluahkan rasa di jiwa.

“Saya rasa kosong sekarang ini. Tengah nak kumpul jiwa balik,” tuturnya penuh sayu.

Usahawan akuakultur  yang maut dalam tragedi lori tangki menghempap kereta sebelum terbakar di Jalan Temerloh-Triang pada Jumaat lalu.

Saifulnizam bagaimanapun amat menghargai keprihatinan orang ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir selain mendoakan arwah isteri dan anaknya.

Image from: Pilu! Tragedi kereta terbakar dihempap lori tangki, dua insan tersayang pergi selamanya, suami luah rasa kosong. 'Tengah nak kumpul jiwa balik'

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, semua kawan-kawan.

"Ramai yang tak kenal pun datang dan terima kasih yang mendoakan,” katanya.

Kedua-dua jenazah dikebumikan dalam dua liang lahad bersebelahan di tanah perkuburan itu kira-kira jam 2.30 petang.

Dalam kejadian petang Jumaat lalu, dua beranak terbabit terkorban akibat kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki bermuatan 32,000 liter bahan api manakala pemandu lori hanya cedera ringan.

Insiden itu menyebabkan mereka terperangkap di dalam kenderaan sebelum ditemui rentung.

Pemandu lori tangki terbabit kini direman selama empat hari sehingga 18 Ogos bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala saringan ujian air kencing terhadap lelaki berkenaan didapati negatif dadah.

Image from: Pilu! Tragedi kereta terbakar dihempap lori tangki, dua insan tersayang pergi selamanya, suami luah rasa kosong. 'Tengah nak kumpul jiwa balik'

Dalam pada itu, Saifulnizam memohon orang ramai terus mendoakan agar kedua insan yang disayanginya ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan solehah.

“Saya juga nak minta semua mendoakan arwah anak, Muhammad Fattah Naufal dan juga arwah isteri, Nur Fatima Syuhada, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah,” luahnya.

Terdahulu, video memaparkan kemalangan berkenaan tular di laman sosial. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang Jumaat, sebuah lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta dinaiki mangsa di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang. 

Kedua-dua kenderaan terbakar menyebabkan Nur Fatima dan anaknya maut di lokasi kejadian, manakala pemandu lori tangki turut dilaporkan cedera ringan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved