Nahas lori tangki dan kereta: Dua beranak selamat dikebumi di Sanggang Seberang

17 Aug 2026 • 4:37 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Nahas lori tangki dan kereta: Dua beranak selamat dikebumi di Sanggang Seberang

TEMERLOH: Dua beranak yang maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori tangki di Jalan Temerloh-Triang berhampiran Kampung Lebak, Jumaat lalu, selamat dikebumikan dalam liang lahad bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang, Sanggang Seberang di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anak lelakinya, Muhamad Fattah Aisy Naufal Saifulnizam, 12, dikebumikan kira-kira pukul 2.30 petang dalam suasana pilu yang disaksikan ratusan ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk setempat.

Sebelum itu, kedua-dua jenazah dituntut ahli keluarga di Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), kira-kira pukul 10 pagi selepas proses pengesahan identiti diselesaikan menerusi perbandingan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA)  bersama waris yang dilakukan di Kuala Lumpur.

Perjalanan terakhir itu diiringi ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk setempat yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada ibu dan anak berkenaan.

Suami mangsa, Saifulnizam Sulaiman, 39, turut berada di tanah perkuburan dan dilihat tidak dapat menahan kesedihan selepas selesai pengebumian isteri serta anaknya. – UTUSAN

 

The post Nahas lori tangki dan kereta: Dua beranak selamat dikebumi di Sanggang Seberang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved