Pemandu lori tangki akan didakwa esok

17 Aug 2026 • 11:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemandu lori tangki akan didakwa esok
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anaknya, Muhamad Fattah Aisy Nuafal Saifulnizam, 12, maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter bahan api.
Image from: Pemandu lori tangki akan didakwa esok
Laporan Sinar Harian mengenai dua beranak maut dalam kemalangan di i Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, di Kampung Lebak, Jumaat lalu.

 

KUANTAN - Pemandu lori tangki bahan api yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan dua beranak di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, di Kampung Lebak, Jumaat lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh esok.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, lelaki berusia 37 tahun itu akan dituduh selepas tempoh remannya selama empat hari berakhir.

"Lelaki berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut.

"Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan didenda hingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun," katanya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas lori tangki dan kereta: Mangsa rentung dipercayai wanita dan anak lelaki 12 tahun

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anaknya, Muhamad Fattah Aisy Nuafal Saifulnizam, 12, maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter bahan api.

**media[3618236]**

Insiden itu menyebabkan mereka terperangkap di dalam kenderaan sebelum ditemui rentung manakala pemandu lori hanya cedera ringan.

Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang di sini pada Isnin.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved