Kereta Tersadai Lama Di Pusat Servis, Ini Cara Tuntut Ganti Rugi

LocalCars
7 Sep 2026 • 6:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Kereta  Tersadai Lama Di Pusat Servis, Ini Cara Tuntut Ganti Rugi

image.png

Pemilik kenderaan yang berdepan kelewatan pembaikan kereta di bawah waranti sebenarnya berhak menuntut kerugian daripada pembekal sekiranya tempoh pembaikan tidak munasabah.

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr. Fuziah Salleh, tuntutan ini terpakai jika kelewatan berpunca daripada pihak pembekal sehingga membebankan pengguna.

Hak Pengguna Di Bawah Seksyen 41 Akta Perlindungan Pengguna 1999

Menurutnya, , perkara itu diperuntukkan di bawah Seksyen 41 Akta Perlindungan Pengguna 1999 sekiranya pembekal gagal memenuhi tanggungjawab dalam tempoh munasabah.

Bila kereta tersadai berbulan-bulan di pusat servis, bayaran ansuran bulanan tetap perlu diteruskan seperti biasa. Situasi ini sudah tentu memberi beban kewangan yang berat kepada pemilik kenderaan.

Jadi, pengguna berhak menuntut ganti rugi sekiranya pembekal gagal menyiapkan pembaikan dalam tempoh yang munasabah.

Kos Yang Boleh Dituntut Akibat Kelewatan Pembaikan

Sepanjang kenderaan berada di bengkel, urusan harian anda pasti terganggu. Anda terpaksa mengeluarkan modal  demi kelangsungan pergerakan harian.

Antara kos kerugian yang boleh dituntut daripada pihak pembekal termasuk:

Resit sewaan kenderaan ganti sepanjang tempoh pembaikan.

Rekod resit perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) yang digunakan.

Kos kos sampingan lain yang terbukti berpunca daripada kelewatan tersebut.

Dokumen Penting Sebelum Buat Tuntutan Kerugian

Jangan biarkan hak anda dipandang sepi tanpa sebarang tindakan. Bagi memastikan tuntutan anda diluluskan, simpan semua bukti bertulis dan dokumen sokongan.

Dokumen penting yang wajib anda kumpulkan adalah:

Laporan rasmi kerosakan kenderaan daripada pusat servis.

Rekod komunikasi lengkap (e-mel, mesej WhatsApp, atau surat) bersama pembekal.

Resit rasmi sewaan kereta atau perkhidmatan e-panggilan.

Saluran Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Sekiranya pihak pembekal atau pusat servis masih enggan bertanggungjawab, bawa kes anda ke peringkat seterusnya. Anda boleh memfailkan tuntutan rasmi di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Langkah ini penting supaya hak anda sebagai pengguna terus terpelihara daripada sebarang tindak-tanduk tidak adil pihak pembekal. Gunakan saluran undang-undang yang sah untuk menuntut ganti rugi anda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved