Tinggal badan saja, sport rim lesap

4 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tinggal badan saja, sport rim lesap

PUTRAJAYA – Imej Putrajaya sebagai sebuah ‘kota’ yang aman dan selamat semakin tercalar apabila isu jenayah, masalah sosial dan kebanjiran warga asing semakin merimaskan penduduk di pusat pentadbiran negara itu.

Ada kawasan yang menjadi sasaran pencuri melarikan komponen kereta dan motosikal penduduk sejak beberapa bulan lalu, manakala beberapa laluan utama pula ibarat ‘litar lumba’ yang sering digunakan mat rempit untuk melakukan aksi berbahaya.

Lebih membimbangkan, Pang­sapuri Putra Harmoni di Presint 9, di sini, atau lebih dikenali sebagai ‘Flat Hijau’ didakwa semakin menjadi tumpuan warga asing, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk tempatan.

Di Fasa 7, Presint 9, di sini, kereta penduduk menjadi sasaran pencuri apabila komponen termasuk rim kereta dan bonet ‘dicabutkan’ satu demi satu, sehingga tinggal rangka.

Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 7, Presint 9, Mohammad Fahmi Taleb berkata, ke­giatan itu berlaku berulang kali sejak Mac lalu di kawasan perumahan yang mempunyai kira-kira 690 pintu membabitkan tujuh buah blok.

Katanya, modus operandi suspek dipercayai tertumpu kepada aksesori dan komponen kereta serta motosikal dan bukannya melarikan kenderaan mangsa.

“Benda yang dicuri itu mungkin nampak kecil seperti aksesori, tetapi apabila berlaku berulang kali, jumlah kerugian sangat besar apabila ada kende­raan hanya tinggal rangka,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Menurutnya, kejadian itu turut berlaku di kawasan kediaman yang dihuni penjawat awam, termasuk perumahan yang bukan berstatus kuarters.

Katanya, keadaan itu menun­jukkan kewujudan Kawasan Rukun Tetangga dan kawalan komuniti sahaja belum mencukupi untuk menghalang kegiatan itu.

“Pihak penduduk telah memasang rakaman televisyen litar tertutup, namun pemasangannya belum meliputi keseluruhan kawasan,” ujarnya.

The post Tinggal badan saja, sport rim lesap appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved