10,000 penduduk berisiko letupan saluran paip gas

LocalEnvironment
10 Aug 2026 • 7:21 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 10,000 penduduk berisiko letupan saluran paip gas

JOHOR BAHRU: Kira-kira 10,000 penduduk dari empat kampung sekitar Kempas, di sini terdedah kepada risiko le­tupan saluran paip gas bawah tanah akibat aktiviti pembakaran barangan lusuh dari sebuah premis yang didakwa beroperasi secara haram.

Ketua Kampung Sri Aman, Rafizal Ahmad Razi mendakwa, saluran paip gas bawah tanah itu terletak kira-kira 12 meter dari lokasi pembakaran barang lusuh tersebut.

Katanya, keadaan itu menyebabkan penduduk berhampiran gelisah akan risiko kejadian letupan seperti kebakaran paip gas di Prima Heights, Puchong, Selangor tahun lalu.

“Aktiviti ini sudah berlarutan lebih setahun dan semakin kerap berlaku dalam tempoh seminggu ini selepas ramai penduduk buat aduan kerana ada kepulan asap tebal dari tapak ini bermula 7 malam.

“Setiap hari, saya menerima aduan penduduk yang bimbang kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan tetapi membahayakan kawasan sekitar kerana ada saluran paip gas bawah tanah yang berisiko meletup jika pembakaran itu tidak dikawal,” katanya kepada pemberita semalam.

Serbuan semalam turut di -sertai polis dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang difahamkan ada mengeluarkan notis saman kepada penyewa premis.

Tapak itu dipercayai dimiliki individu warga Singapura yang disewakan kepada penyewa tempatan yang menjalankan perniagaan barang kitar semula. –UTUSAN

The post 10,000 penduduk berisiko letupan saluran paip gas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved