Kerjasama PN-BN di Melaka ikut keadaan politik semasa

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 8:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerjasama PN-BN di Melaka ikut keadaan politik semasa

ALOR SETAR: Bentuk kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di Melaka akan ditentukan berdasarkan waqi’ atau keadaan politik semasa di negeri itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, PN belum memutuskan bentuk kerjasama yang akan dilaksanakan bagi menghadapi PRN itu.

“Tok Guru (Tan Sri Abdul Hadi Awang) ada sebut bab kerjasama ini. BN pun ada sebut kerjasama, tetapi bentuknya belum ditentukan. Sifat Negeri Sembilan, Johor dan Melaka tidak sama.

“Kita akan laksana berdasarkan waqi’ (keadaan semasa) Melaka,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Ujar beliau, pihaknya optimis dengan kerjasama itu berdasarkan keputusan PRN Negeri Sembilan apabila BN dan PN berjaya menembusi kawasan yang sebelum ini sukar dimenangi, malah meningkatkan jumlah undi di beberapa kawasan.

“Tempat DAP pajak lama kerusi-kerusi di Negeri Sembilan kita boleh tembus, tak hilang deposit macam dulu.

“Tempat yang DAP menang pun kita boleh tambah jumlah undi dan orang dah nampak apa yang berlaku sekarang, harap keadaan di Melaka akan menjadi lebih baik,” katanya. – UTUSAN

 

The post Kerjasama PN-BN di Melaka ikut keadaan politik semasa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved