Kes Ahli Parlimen Kota Melaka dirujuk ke PPN

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 11:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes Ahli Parlimen Kota Melaka dirujuk ke PPN
Dzulkhairi

HANG TUAH JAYA - Kertas siasatan kes melibatkan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung program bantuan sempena Deepavali anjurannya akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan kes masih diteruskan selepas Pengerusi DAP Melaka itu hadir memberi keterangan, Sabtu lalu.

"Kes dalam siasatan kita dan akan dirujuk kepada PPN," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai membuang undi di Pusat Mengundi Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada Selasa.

Sebelum ini, Poay Tiong hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah bagi memberikan keterangan berhubung program bantuan sempena Deepavali yang dianjurkan pejabatnya sebelum ini di Medan Selera Taman Melaka Baru.

Dalam perkembangan lain, Dzulkhairi berkata, 16 laporan polis dan membuka 18 kertas siasatan membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen setakat ini.

Beliau berkata, kebanyakan kes membabitkan perbuatan khianat termasuk merosakkan harta benda dan membakar bendera parti politik.

"Ia terbahagi kepada beberapa seksyen dan kebanyakannya Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat dan juga Seksyen 435(1) iaitu khianat dengan api di mana membakar bendera.

"Selain itu ada juga disiasat di bawah Akta Hasutan dan kes ugutan," ujarnya.

Dzulkhairi turut mengesahkan tiada tangkapan dilakukan setakat ini berhubung kes yang dilaporkan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved