Kes ‘body shaming’ Rosmah, peguam Harith Iskander mohon tarik diri

LocalEntertainment
13 Nov 2026 • 2:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Mahkamah Tinggi menetapkan 24 November ini untuk mendengar permohonan peguam Harith Iskander bagi menarik diri daripada mewakili pelawak itu dalam kes saman fitnah yang difailkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Image from: Kes ‘body shaming’ Rosmah, peguam Harith Iskander mohon tarik diri

Memetik laporan Sinar Harian, saman berkenaan berpunca daripada dakwaan Rosmah bahawa Harith menghina rupa parasnya dalam satu persembahan komedi di Melaka pada Januari lalu.

Peguam Rosmah, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff berkata, tarikh pendengaran ditetapkan semasa pengurusan kes pada Jumaat di hadapan Hakim Arziah Mohamed Apandi.

“Pendengaran permohonan kelak, akan dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.
“Tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di hadapan Hakim, Arziah Mohamed Apandi pada Jumaat,” katanya.

Mohamed Baharudeen hadir bersama Nur-Diyana Ezlyn Hashim bagi pihak Rosmah, manakala Harith selaku defendan diwakili Sangeet Kaur Deo dan Harkiranjit Kaur Manjit Singh.

Ketika dihubungi media, Sangeet mengesahkan pihaknya sudah mengemukakan permohonan itu kepada mahkamah.

“Ya, kami memohon untuk menarik diri sebagai peguamcara,” jelasnya.

Image from: Kes ‘body shaming’ Rosmah, peguam Harith Iskander mohon tarik diri

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Rosmah, 75, mendakwa kejadian itu berlaku ketika persembahan komedi solo Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour di sebuah hotel di Melaka pada 17 Januari lalu.

Rosmah mendakwa Harith menayangkan imej toyol, pontianak dan pocong sebelum memaparkan gambarnya sebagai sebahagian daripada persembahan tersebut. Beliau turut mendakwa jenaka mengenai seseorang yang kelihatan menakutkan pada cermin pandang belakang ketika memandu di jalan gelap merujuk kepada dirinya.

Menurut Rosmah, cara imej dan jenaka itu dipersembahkan mengaitkan rupa parasnya dengan makhluk menyeramkan, sekali gus menjadikannya bahan ejekan di hadapan penonton.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved