Kes ‘Body Shaming’ Rosmah: Peguam Harith Iskander Mahu Tarik Diri

LocalEntertainment
13 Nov 2026 • 3:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft rosmah

Mahkamah Tinggi menetapkan 24 November ini bagi mendengar permohonan peguam kepada pelawak terkenal, Harith Iskander, yang berhasrat untuk menarik diri daripada terus mewakili anak guamnya itu.

Kes ini adalah rentetan daripada saman fitnah yang difailkan oleh isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berhubung dakwaan body shaming atau penghinaan fizikal dalam sebuah persembahan komedi pada Januari lalu.

Artikel berkaitan : Rosmah Mansor Saman Harith Iskander, Didakwa Hina Rupa Paras Dalam Persembahan Komedi

Artikel berkaitan : Rosmah Tak Duduk Sekali Dengan Najib Razak, Tinggal Di Rumah Pavilion – Nurulhidayah

Peguam kepada Rosmah, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, memaklumkan bahawa pengurusan kes itu diadakan bagi membincangkan permohonan peguam kepada pelawak yang pernah merangkul gelaran ‘Funniest Person in The World’ pada Disember 2016 itu untuk melepaskan diri sebagai peguamcara.

“Pendengaran permohonan kelak, akan dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.”

“Tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di hadapan Hakim, Arziah Mohamed Apandi pada Jumaat,” katanya ketika hadir bersama seorang lagi peguam, Nur Diana Ezlyn Hashim.

Prosiding itu turut dihadiri oleh barisan peguam yang mewakili Harith sebagai defendan, iaitu Sangeet Kaur Deo dan Harkiranjit Kaur Manjit Singh. Ketika dihubungi media, Sangeet Kaur mengesahkan perkara terbabit:

“Ya, kami memohon untuk menarik diri sebagai peguamcara,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, Rosmah memfailkan saman fitnah terhadap Harith di Mahkamah Tinggi selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa penghinaan fizikal menerusi satu persembahan komedi stand-up.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Rosmah, 75, mendakwa saman itu tercetus susulan persembahan bertajuk ‘Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour’ yang dilangsungkan di sebuah hotel di Melaka pada 17 Januari lalu.

HARITHISKANDER

Beliau mendakwa Harith bertindak memaparkan imej makhluk mitologi menyeramkan seperti toyol, pontianak, dan pocong sebelum memaparkan gambarnya sebagai sebahagian daripada naratif lawak tersebut.

Rosmah turut mendakwa kenyataan Harith yang mengaitkan imej menakutkan ketika melihat cermin pandang belakang sewaktu memandu di jalan gelap itu merujuk secara langsung kepada dirinya.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut telah memberikan gambaran seolah-olah rupa parasnya mirip makhluk menyeramkan, sekali gus menjadikannya bahan ejekan serta penghinaan di khalayak ramai.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved