Peguam yang mewakili pelawak dan pelakon Harith Iskander dalam kes saman Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk menarik diri daripada mewakili selebriti berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan peguam yang mewakili Rosmah selaku plaintif, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, selepas pengurusan kes secara dalam talian hari ini.
AdvertisementPeguam Harith Iskander Mohon Tarik Diri
Menurut Mohamed Baharudeen, peguam Harith yang memohon untuk menarik diri ialah Sangeet Kaur Deo.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 November ini bagi pendengaran permohonan berkenaan.
Sementara itu, Sangeet ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara tersebut turut mengakui pihaknya telah memfailkan permohonan untuk menarik diri.
“Ya, kami memohon untuk menarik diri (discharge) daripada mewakili (Harith Iskander),” katanya.
Rosmah Dakwa Harith Buat Kenyataan Fitnah Dalam Persembahan Komedi
Pada 9 Jun lalu, Rosmah, 75, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak dengan menamakan Harith Iskander atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 60, sebagai defendan.
Berdasarkan penyataan tuntutan, Rosmah mendakwa Harith mengadakan persembahan komedi berdiri bertajuk “Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour” di sebuah hotel pada 17 Januari lalu.
Beliau mendakwa persembahan tersebut memaparkan imej serta kenyataan yang bersifat fitnah terhadap dirinya di hadapan sejumlah besar penonton bagi mendapatkan reaksi ketawa dan hiburan.
View this post on Instagram
Rosmah mendakwa Harith terlebih dahulu memaparkan imej berkaitan makhluk mitologi seram dalam kepercayaan masyarakat Malaysia, termasuk toyol, pontianak dan pocong, sebelum memaparkan imej dirinya.
Menurut Rosmah, Harith kemudian mengeluarkan kenyataan yang membawa maksud bahawa seseorang yang melihat cermin pandang belakang ketika memandu di jalan gelap akan melihat sesuatu yang menakutkan.
Beliau mendakwa imej dirinya kemudiannya dipaparkan kepada penonton sehingga menggambarkan dirinya sebagai sesuatu yang menakutkan serta mengaitkannya dengan makhluk seram tersebut.
Harith Nafi Imej Tersebut Menggambarkan Rosmah Sebagai Makhluk Seram
Sementara itu, dalam penyataan pembelaannya, Harith menafikan bahawa paparan tersebut menggambarkan Rosmah sebagai makhluk seram, sesuatu yang menakutkan, jahat, hodoh, menjijikkan, tidak berperikemanusiaan atau membawa apa-apa maksud fitnah seperti yang didakwa plaintif.
Harith turut mendakwa penerbitan kenyataan yang didakwa fitnah di TikTok itu dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuannya.
“Penerbitan kenyataan yang didakwa fitnah di dalam Tiktok itu telah dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuan saya dan kenyataan tersebut tidak merangkumi konteks penuh persembahan komedi itu,” dakwanya.
Permohonan Sangeet Kaur Deo untuk menarik diri daripada mewakili Harith akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 24 November ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Najib Boleh Tinggal Bersama Isteri & Anak Menantu, Pernah Mohon Satu Lagi Kediaman Namun Ditolak - Saifuddin Nasution
The post Peguam Harith Iskander Mohon Tarik Diri Daripada Kes Saman Rosmah Mansor first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






