Kes saman fitnah Rosmah: Peguam Harith Iskander mohon tarik diri 

LocalEntertainment
13 Nov 2026 • 1:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Kes saman fitnah Rosmah: Peguam Harith Iskander mohon tarik diri 

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 24 Nov ini bagi mendengar permohonan peguam Sangeet Kaur Deo dan Harkiranjit Kaur Manjit Singh, untuk menarik diri daripada mewakili pelawak dan pelakon Harith Iskander dalam kes saman fitnah difailkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Sangeet ketika dihubungi mengesahkan permohonan tersebut.

“Ya, kami memohon untuk menarik diri (discharge) daripada mewakili (Harith Iskander),” katanya.

Terdahulu, Sangeet dan Harkiranjit menghadiri prosiding pengurusan kes permohonan itu secara dalam talian di hadapan Hakim Arziah Mohamed Apandi hari ini bersama-sama peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff dan Nur-Diana Ezlyn Hashim yang mewakili Rosmah.

Sementara itu, Mohamed Baharudeen ketika dihubungi pemberita berkata pendengaran permohonan berkenaan pada 24 Nov ini akan dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom pada 2.15 petang.

Pada 9 Jun lepas, Rosmah, 74, memfailkan saman terhadap Harith Iskander atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 60, menerusi Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak atas dakwaan menjadi mangsa penghinaan dan kecaman badan (body shaming) dalam satu persembahan komedi berdiri bertajuk Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour di sebuah hotel di Melaka pada 17 Jan.

Menerusi pernyataan tuntutannya, isteri kepada bekas Perdana Menteri itu mendakwa defendan menayangkan imej berkaitan makhluk mitologi seram sebelum memaparkan imej beliau, selain mengeluarkan kenyataan berbaur ejekan mengenai melihat cermin pandang belakang ketika memandu di jalan gelap.

Rosmah turut mendakwa rakaman persembahan berkenaan dimuat naik seorang pengguna TikTok hingga meraih ratusan ribu tontonan, sekali gus menjatuhkan reputasi dan maruah beliau sebagai figura awam serta penaung badan amal.

Sehubungan dengan itu, beliau memohon ganti rugi am, teruk dan teladan, perintah injunksi bagi menghalang penerbitan semula kenyataan tersebut serta permohonan maaf secara bertulis di dua akhbar arus perdana dan akaun media sosial.

Bagaimanapun, Harith Iskander dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 9 Julai lepas menafikan paparan itu membawa maksud fitnah seperti yang didakwa plaintif.

Selain itu, Harith Iskander berkata penerbitan klip video di TikTok itu dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuannya serta di luar konteks penuh persembahan komedi berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved