Kes Buli Zara Qairina: 5 Remaja Akan Didakwa Rabu Ini

LocalPolitics
18 Aug 2025 • 5:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seramai 5 orang remaja bawah umur akan dituduh di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, Rabu ini berhubungan dengan kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, kesemua remaja terbabit berusia bawah 18 tahun akan dibawa ke mahkamah itu bagi proses pertuduhan.

“Seramai lima orang akan dituduh pada Rabu ini di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, kerana kesalahan berkaitan kes buli Allahyarham Zara Qairina. Mereka berusia di bawah 18 tahun.”

image is not available

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan rasmi telah mengesahkan bahawa pihaknya telah meneliti kertas siasatan polis dan membuat keputusan menuduh beberapa individu yang terbabit dalam kes buli itu berdasarkan keterangan yang ada.

Dalam kenyataan itu, keputusan menuduh suspek bagi kesalahan buli dibuat kerana ia tidak akan menjejaskan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang akan dijalankan di mahkamah.

Dalam pada itu, AGC turut menegaskan walaupun pertuduhan kesalahan buli dilakukan, siasatan polis berhubung kematian Zara Qairina tetap diteruskan termasuk prosiding inkues yang sedang berjalan.

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.