Kes bunuh Irene Sofiya: JPN Johor sedia bantuan psikologi

5 Oct 2026 • 11:11 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kes bunuh Irene Sofiya: JPN Johor sedia bantuan psikologi

SHAH ALAM, 5 OKT: Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan menyediakan bantuan psikologi kepada keluarga, guru dan rakan Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang disyaki dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, kelmarin.

EXCO Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata langkah itu diambil bagi memastikan emosi mereka terus dipantau susulan kejadian yang masih memberi kesan trauma, lapor Berita Harian.

Katanya, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bersama pihak sekolah sudah mengadakan sesi kaunseling dengan guru dan rakan mangsa.

“Sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan kita akan lihat pada hari pertama, ketiga dan ketujuh serta perkembangan seterusnya.

“PPD akan maklumkan perkembangan nanti,” katanya selepas melawat keluarga Allahyarhamah di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, hari ini.

Dalam masa sama, Muhammad Naqib berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memperkukuh tahap keselamatan di sekolah.

Menurutnya, antara tindakan awal yang dicadangkan ialah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), bermula di daerah berkenaan.

“CCTV penting untuk membantu kita melihat sekiranya berlaku sesuatu tragedi.

“Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat dan semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk melihat perkara ini secara menyeluruh serta tidak menuding jari antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata mekanisme keselamatan sedia ada juga perlu dipastikan sentiasa berfungsi dan terus ditambah baik.

“Kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan polis, sekolah serta ibu bapa bagi memperkukuh usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat untuk anak-anak,” katanya.

Allahyarhamah Irene Sofiya ditemukan dalam keadaan parah sebelum disahkan meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan dan direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved