Kes KP AKPS: Kertas siasatan dipulangkan, ketulenan rakaman CCTV perlu disahkan

LocalPolitics
8 Oct 2026 • 2:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan beberapa aspek berhubung insiden di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diteliti dengan lebih mendalam sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat, lapor Harian Metro.

Susulan itu, kertas siasatan kes yang dikaitkan dengan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, akan diserahkan semula kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Image from: Kes KP AKPS: Kertas siasatan dipulangkan, ketulenan rakaman CCTV perlu disahkan

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas pihaknya meneliti hasil siasatan yang dikemukakan sebelum ini dan mendapati masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperincikan.

Image from: Kes KP AKPS: Kertas siasatan dipulangkan, ketulenan rakaman CCTV perlu disahkan

Foto: Media sosial

Menurut beliau, antara aspek utama yang memerlukan pengesahan lanjut ialah ketulenan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berkaitan dengan insiden terbabit.

“Setelah penelitian dibuat terhadap kertas siasatan terbabit, ada beberapa aspek yang memerlukan siasatan lanjut dibuat bagi melengkapkan siasatan.
“Kertas siasatan akan dipulangkan semula hari ini, kepada pihak PDRM bagi tujuan berkenaan.
“Antaranya untuk mengesahkan ketulenan rakaman CCTV serta beberapa perkara relevan bagi melengkapkan siasatan kes,” katanya kepada Harian Metro.

Image from: Kes KP AKPS: Kertas siasatan dipulangkan, ketulenan rakaman CCTV perlu disahkan

Sehubungan itu, PDRM perlu melengkapkan siasatan berdasarkan perkara yang dibangkitkan AGC sebelum kertas siasatan berkenaan dapat dipertimbangkan untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Yusri Muzamir)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved