Kes penyelewengan projek, bekas pengarah besar FELDA didakwa esok

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 10:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kes penyelewengan projek, bekas pengarah besar FELDA didakwa esok

KUALA LUMPUR, 29 SEPT: Bekas pengarah besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang sebelum ini disiasat berhubung penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, lelaki itu dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 14 di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihaknya telah mendapat izin untuk mendakwa bekas pengarah besar FELDA berkenaan.

Pada 25 Sept lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata individu itu akan berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Siasatan berkaitan KLVC merupakan sebahagian daripada tujuh kertas siasatan membabitkan FELDA dan FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), merangkumi enam kertas siasatan baharu serta satu kes lama.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada pembelian dan pelaburan aset oleh FELDA serta FIC antara 2010 hingga 2020 yang disyaki mempunyai unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved