KUALA LANGAT - Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Selasa, menetapkan 22 September depan bagi sebutan semula laporan penilaian psikiatri seorang pelajar perempuan yang didakwa menikam rakan sekolahnya di Banting, bulan lalu.
Majistret, Maslinda Selamat menetapkan tarikh itu selepas diberitahu bahawa, laporan berkenaan masih belum disiapkan.
Tertuduh juvana berkenaan tidak hadir ke mahkamah ketika sebutan kes berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Syafiq Yazid.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah
Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN
Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis
'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah
Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis
Pada 10 Julai lalu, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun didakwa atas satu pertuduhan cuba membunuh rakannya dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting di sini.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh juvana itu sementara menunggu laporan penilaian psikiatri gadis itu.
Mengikut pertuduhan, pelajar Tingkatan Tiga itu didakwa cuba membunuh pelajar perempuan berusia 15 tahun dengan menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan serta mempunyai niat untuk menyebabkan kematian.
Kesalahan didakwa dilakukan di sekolah berkenaan jam 9.50 pagi pada 6 Julai.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantin
Kes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuh






