Kes Tikam Pelajar: Mahkamah Tetap 22 Sept Untuk Sebutan Semula

11 Aug 2026 • 1:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kes Tikam Pelajar: Mahkamah Tetap 22 Sept Untuk Sebutan Semula

BANTING, 11 Ogos (Bernama) -- Mahkamah Majistret Telok Datok di sini hari ini menetapkan 22 Sept depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang remaja perempuan yang didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Syafiq Yazid berkata tarikh sebutan semula itu ditetapkan Majistret Maslinda Selamat berikutan laporan psikiatri terhadap tertuduh berusia 15 tahun itu masih belum siap.

Muhammad Amirul Syafiq berkata prosiding secara tertutup itu berjalan tanpa kehadiran tertuduh.

Pada 10 Julai lepas, remaja perempuan itu dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan cubaan membunuh seorang pelajar tingkatan tiga.

Baca juga:

Pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda atau penjara hingga 20 tahun, atau boleh dihukum dengan hukuman mati jika kecederaan dilakukan dan tertuduh tertakluk kepada hukuman penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja berkenaan, selain mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved