“Kesian Kami Yang Tak Mampu “ – Individu Ini Dikritik Sebab Tegur TikToker Kongsi Makan Sedap -Sedap Di Media Sosial

12 Jul 2024 • 11:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Siapa sangka, video perkongsian seorang individu yang ingin menikmati durian di platform TikTok telah mencetuskan ‘vibe’ negatif gara-gara respons yang ditinggalkan.
 
Menerusi video tersebut, pemilik akaun berkenaan memberitahu yang dia bakal menikmati durian bersama pulut tanak dan santan bergaram.

 Terliur

Di ruangan komen pula, seorang wargamaya didakwa seperti mengkritik pemilik akaun tersebut, membuatkan dirinya yang tidak mampu terliur untuk menikmati durian.
 
“Makan sedap up kat sini, kesian kami yang tak mampu nak beli durian ni, hanya mampu tengok dan telan air liur je,” tulis individu berkenaan.
 
Melihat pada respons berkenaan, pemilik akaun turut meninggalkan komen terhadap kritikan tersebut.
 
“Salam sis saya tengok TikTok sis ada anak comelnya. Sis tahu tak saya 12 tahun kawin belum ada rezeki anak. Rezeki kita tak sama. Cuma bersyukur dengan apa kita ada. Saya doakan murah rezeki sis sekeluarga ya,” tulis pemilik akaun berkenaan.
 
Komen tersebut kemudian dikongsikan semula di platform X, sehingga menerima puluhan reaksi daripada netizen.
 

“Cara orang cakap menagih simpati. Macam dia ni jenis main character. Bila dia enjoy muat naik gambar macam tak ingat orang... 


"Bila orang lain kena simpati dekat dia pula. Bahan je kasi sedebik atas muka biar dia malu dan menjauhkan diri. Jenis potong mood orang,” kata dari salah seorang pemilik akaun di aplikasi X.
 
image is not availableAda juga komen yang berbaur sinis dengan mendakwa individu berkenaan mengharapkan agar ada dalam kalangan pengguna media sosial memberikannya buah durian secara percuma. 


“Orang macam ni memang sesuai kena ejek, padan muka, siapa suruh jadi miskin. 
 
“Komen macam tu pasti mengharapkan ada yang nak bagi secara percuma,” komen dari aplikasi X. 

Sumber: X