KFC Malaysia sumbang 20,000 pelitup muka kepada golongan kurang berkemampuan

26 Oct 2026 • 5:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KFC Malaysia sumbang 20,000 pelitup muka kepada golongan kurang berkemampuan

PETALING JAYA – KFC Malaysia terus meningkatkan usahanya untuk mendekati masyarakat dengan menyumbang  20,000 pelitup muka bagi menyokong golongan rentan dan kurang berkemampuan di sekitar Lembah Klang.

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan KFC Malaysia dalam mewujudkan impak sosial yang bermakna di samping menangani keperluan mendesak komuniti yang menghadapi cabaran harian, terutamanya berikutan isu kualiti udara baru-baru ini yang melanda sesetengah kawasan di dalam negara.

Sumbangan ini adalah usaha kolaboratif antara KFC Malaysia dengan rakan kerjasamanya menerusi Program Harvest, iaitu Kechara Soup Kitchen (KSK) dan The Lost Food Project (TLFP).

Menerusi kerjasama berstrategi tersebut, KFC Malaysia berhasrat untuk memastikan bantuan asas dapat disampaikan kepada mereka yang paling memerlukan, sekali gus memperkukuh komitmennya dalam membina komuniti yang lebih teguh, sihat dan berdaya tahan.

Ketua Tata Kelola QSR Brands (M) Holdings Berhad, Sahada Salihin berkata, pihaknya  percaya bahawa tanggungjawab syarikat bukan sekadar menyajikan hidangan yang lazat tetapi turut komited untuk menjadi daya penggerak positif dalam komuniti.

“Sumbangan 20,000 pelitup muka ini adalah langkah mudah namun bermakna untuk menghulurkan keprihatinan dan perlindungan kepada golongan rentan.

“Melalui kerjasama rapat dengan rakan jangka panjang kami, Kechara Soup Kitchen dan The Lost Food Project, kami dapat memastikan bantuan sampai kepada mereka yang paling memerlukan.

“Inisiatif ini juga melengkapi peranan Program KFC Harvest kami, yang membolehkan kami menyokong komuniti menerusi pengagihan semula makanan di samping meminimumkan pembaziran. Bersama rakan kerjasama kami, kami berharap dapat terus mencipta impak yang bermakna dan berpanjangan buat komuniti yang kami bantu,” katanya dalam kenyataan.

Dalam fasa pertama, KSK dan TLFP akan mengagihkan pelitup muka berkenaan menerusi rangkaian jangkauan mereka kepada penerima yang memerlukan.

Semasa sesi jangkauan tersebut, wakil KFC Malaysia telah menyertai sukarelawan KSK dan TLFP untuk mengagihkan pelitup muka serta pek makanan KFC kepada ahli komuniti gelandangan  di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi rakan NGO ini, KFC Malaysia berharap dapat menyampaikan bantuan tepat pada waktunya kepada mereka yang amat memerlukan.

Secara keseluruhan, KSK dan TLFP membantu hampir 8,000 penerima manfaat di seluruh Lembah Klang, termasuk penghuni rumah kebajikan dan komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR), dengan impak yang meluas melalui usaha jangkauan komuniti di seluruh negara.

Fasa kedua inisiatif ini pula akan diserapkan ke dalam aktiviti akan datang di bawah Program KFC Harvest, iaitu inisiatif penyelamatan makanan teras KFC Malaysia.

Menerusi pengagihan Program Harvest kelak, penerima manfaat di rumah kebajikan dan pusat komuniti yang terlibat akan menerima pelitup muka dan hidangan KFC yang segar di samping sumbangan ayam sejuk beku. -KOSMO! ONLINE

 

The post KFC Malaysia sumbang 20,000 pelitup muka kepada golongan kurang berkemampuan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved