Khairul Aming Umum Produk Keempat, Siap Sedia Untuk Battle 125,000 Botol

LocalFood
3 Aug 2026 • 1:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Teka-teki mengenai produk terbaharu Khairul Aming akhirnya terjawab. Bukan dendeng atau rendang, sebaliknya satu lagi sambal bakal menyertai keluarga produk Nyet Berapi.

Produk keempat itu diberi nama Sambal Nyet Bilis, hadir dengan rasa berbeza serta menggunakan ikan bilis dan lebih banyak bahan.

Enam tahun Khairul Aming tunggu perkenal sambal baharu

Image from: Khairul Aming Umum Produk Keempat, Siap Sedia Untuk Battle 125,000 Botol

Menurut Khairul Aming, ini merupakan sambal baharu pertamanya selepas enam tahun berniaga dengan hanya satu pilihan sambal.

Selepas 6 tahun berniaga dengan satu sambal sahaja, akhirnya kita dah bersedia untuk keluarkan sambal yang baru. Rasa yang berbeza, lebih kick dan menggunakan lebih banyak bahan.- Katanya.

Video pengenalan turut memperlihatkan perjalanan menghasilkan produk tersebut bermula daripada mendapatkan ikan bilis di Setiu, Terengganu.

Tampilkan bahan tempatan

Image from: Khairul Aming Umum Produk Keempat, Siap Sedia Untuk Battle 125,000 Botol

Khairul Aming dilihat turun sendiri ke laut bersama nelayan bagi melihat proses mendapatkan ikan bilis yang menjadi antara bahan utama produk berkenaan.

Video itu turut memaparkan penggunaan cili segar, tomato dan belacan sebelum semua bahan diproses untuk menghasilkan Sambal Nyet Bilis.

Produk seberat 180 gram itu dihasilkan di kilang yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Sediakan 125,000 botol pada 7 Ogos ini

Image from: Khairul Aming Umum Produk Keempat, Siap Sedia Untuk Battle 125,000 Botol

Sebanyak 125,000 botol Sambal Nyet Bilis akan ditawarkan bagi pelancaran pertamanya pada Jumaat, 7 Ogos, bermula jam 9 pagi.

Jualan akan berlangsung menerusi sesi siaran langsung di akaun TikTok Khairul Aming. Harga produk tersebut bagaimanapun masih belum diumumkan.

Khairul Aming menyifatkan pelancaran kali ini sebagai pelancaran produk terbesar yang pernah dilakukannya.

The post Khairul Aming Umum Produk Keempat, Siap Sedia Untuk Battle 125,000 Botol appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved