Tular Premis Pasang Bendera Terbalik, MBIP Arah Tutup Kerana Tiada Lesen Perniagaan Sah

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 11:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tular Premis Pasang Bendera Terbalik, MBIP Arah Tutup Kerana Tiada Lesen Perniagaan Sah

Sebuah premis di Taman Perindustrian SILC, Iskandar Puteri di Johor yang tular susulan pemasangan Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor secara terbalik telah diberikan amaran tegas dan diarahkan membetulkan kedudukan bendera berkenaan dengan serta-merta.

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil tindakan segera dan tegas susulan aduan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berhubung perkara tersebut.

Pasang bendera terbalik

"Hasil tindakan yang turut disertai oleh ADUN Kota Iskandar dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemilik premis telah diberikan amaran tegas dan arahan untuk menurunkan serta membetulkan kedudukan bendera dengan serta-merta," katanya.

Baca juga:

Tiada lesen perniagaan sah

Pemeriksaan lanjut turut mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan MBIP yang sah.

Image from: Tular Premis Pasang Bendera Terbalik, MBIP Arah Tutup Kerana Tiada Lesen Perniagaan Sah
Kredit: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Susulan itu, MBIP mengeluarkan Notis Henti Niaga dan mengarahkan premis berkenaan menghentikan operasi serta ditutup.

Premis berkenaan turut dikenakan kompaun kerana mempamerkan papan iklan tanpa lesen MBIP.

"Dalam pemeriksaan sama, seramai 14 pekerja berada di premis berkenaan yang terdiri daripada dua warga tempatan dan 12 warga asing.

"Kesemua warga asing tersebut telah ditahan dan dibawa ke IPD Iskandar Puteri bagi tujuan siasatan lanjut berkaitan status permit pekerjaan mereka," ujar MBIP dalam kenyataan di Facebook.

Image from: Tular Premis Pasang Bendera Terbalik, MBIP Arah Tutup Kerana Tiada Lesen Perniagaan Sah
Kredit: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Tambah MBIP, pihaknya memandang serius sebarang ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, termasuk aspek perlesenan premis serta tatacara pemasangan dan penghormatan terhadap bendera kebangsaan dan negeri.

"Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Johor merupakan lambang kedaulatan, identiti dan maruah yang wajib dihormati.

"MBIP tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan di bawah bidang kuasa Majlis. Pemantauan dan tindakan susulan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa," katanya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved