Kilang di Kulai diarah tutup pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik

LocalPolitics
17 Aug 2026 • 4:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kilang di Kulai diarah tutup pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik

KULAI – Sebuah premis perindustrian di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) diarahkan tutup sementara selepas didapati memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik.

Arahan penutupan itu dibuat sehingga pihak syarikat berkenaan tampil memberikan penjelasan dan melengkapkan perakuan Aku Janji berhubung kesalahan pemasangan bendera berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik itu telah diperbetulkan dengan serta-merta.

“MPKU telah mengambil tindakan menutup sementara premis berkenaan sehingga pihak syarikat tampil memberikan penjelasan dan melengkapkan perakuan Aku Janji.

“Pada masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan, manakala pengarah syarikat berkenaan akan dipanggil dengan kadar segera untuk memberikan penjelasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan penutupan premis itu mempunyai asas berdasarkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2019 yang diguna pakai pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.

Katanya, ia termasuk UUK 49(2) berkaitan kuasa menutup premis dan UUK 45(1) berkaitan pengibaran bendera.

“Sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau syarat yang berkuat kuasa, tindakan selanjutnya mesti diambil tanpa pilih kasih,”katanya.

Mohd Jafni berkata, kerajaan negeri memandang serius kejadian berkenaan kerana Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai bendera, sebaliknya lambang kedaulatan, maruah dan identiti negara.

Beliau menegaskan perkara itu tidak boleh dianggap remeh atau dinormalisasikan dan pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal penghormatan terhadap Jalur Gemilang.-KOSMO! ONLINE

The post Kilang di Kulai diarah tutup pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved