Kilang Ditutup Isu Bendera Terbalik: “Denda Dah Cukup, Kerajaan Jangan Lebih Zalim Daripada Harimau” – Veteran DAP

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 2:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kilang Ditutup Isu Bendera Terbalik: “Denda Dah Cukup, Kerajaan Jangan Lebih Zalim Daripada Harimau” – Veteran DAP

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mempersoalkan tindakan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang mengarahkan penutupan sementara sebuah premis kilang di kawasan pentadbiran majlis tersebut susulan kejadian Jalur Gemilang dan bendera Johor yang dipasang secara terbalik.

“Peruntukan UUK Mana Beri Kuasa Hentikan Operasi Perniagaan Kerana Silap Kibar Bendera?” – Teng

Menurut Teng, menghentikan operasi kilang (secara sementara) adalah tidak wajar selain berkata, sekiranya terdapat Undang-Undang Kecil (UUK) yang menetapkan hukuman terhadap kesalahan menggantung bendera, tindakan sewajarnya adalah mengenakan denda yang munasabah.

“Saya mencabar MPKu menyatakan peruntukan UUK manakah yang memberi kuasa kepada MPKu menghentikan operasi perniagaan peniaga kerana silap mengibarkan bendera.”

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Kompromi, Premis Tular Pasang Jalur Gemilang & Bendera Negeri Johor Terbalik Diarah Tutup Sementara

“Kerajaan Jangan Lebih Zalim Daripada Harimau” – Teng

Jelasnya menerusi satu lagi hantaran, hukuman yang dikenakan tidak boleh sampai tahap menganiaya sehingga menghentikan operasi perniagaan.

“Jika ada UUK untuk hukuman bagi silap gantung bendera sekalipun, hukumannya tidak boleh menganiaya sehingga menghentikan operasi perniagaan, sekadar denda RM200, RM500 atau RM1,000 sudah memadai. Kerajaan jangan lebih zalim daripada harimau,” katanya.

‘Tutup Operasi Perniagaan Hanya Kerana Nak Dapatkan Komitmen Kehadiran?’ – Teng

Dalam satu lagi hantaran, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang itu turut mempersoalkan kewajaran tindakan menutup operasi perniagaan semata-mata untuk mendapatkan komitmen kehadiran pihak syarikat terbabit.

“Sekadar hendak mendapatkan komitmen kehadiran maka ditutup operasi perniagaan? Apa jenis penguatkuasaan undang-undang ini? Denda sahajalah kalau salah atau tidak hadir.

“Kalau ingkar lagi baru tindakan seterusnya. Bukan suka-suka tutup operasi perniagaan. Kalau bank yang silap, nak tutup bank? Kalau pejabat kerajaan silap, tutup pejabat kerajaan?” soalnya.

Kilang Ditutup Sementara Waktu Hingga Dapat Penjelasan Syarikat, Petugas Warga Asing Dipercayai Pasang Bendera Terbalik

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor mendedahkan premis berkenaan telah diarah tutup buat sementara waktu sehingga syarikat berkenaan memberi penjelasan berhubung isu terbabit.

Jelas Mohd Jafni dalam satu hantaran di Facebook, kedua-dua bendera yang dipasang itu juga telah dibetulkan dengan segera.

Menurut maklumat awal diterima MPKu, pemasangan bendera tersebut dilakukan oleh petugas warga asing yang bekerja di premis kilang itu.

‘Sita Kilang Patut Dilakukan, Bukan Bela Pihak Yang Sengaja Pasang Bendera Terbalik’ – Akmal Saleh

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi hantaran di Facebook menyokong tindakan kerajaan negeri Johor yang pantas menyita kilang itu susulan isu pemasangan Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved