Kisah Remaja Ambil Dadah Sebab Nak Rajin Kerja Panjat Pokok Kelapa Raih Perhatian [Video]

24 Jul 2025 • 4:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Cerita mengenai najis dadah ini, tak dinafikan ia bukan sekadar membabitkan golongan dewasa semata-mata.

Malah ada juga beberapa kes yang melibatkan kanak-kanak serta remaja yang terjerumus dalam kancah dadah.

Meskipun ia satu tindakan yang menyalahi undang-undang namun setiap di antara mereka pasti mempunyai cerita tersendiri bagaimana boleh terlibat dengan pengambilan dadah.

Remaja kongsi bagaimana boleh ambil pil kuda

Baru-baru ini, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di Kota Bharu, Kelantan telah berkongsi mengenai kisah seorang remaja lelaki yang terbabit dengan dadah.

Menerusi video yang dikongsikan dalam akaun di TikTok, awalnya kelihatan seorang pengacara telah datang berjumpa remaja berkenaan untuk bertanya lebih lanjut bagaimana dia boleh menghisap dadah jenis berkenaan.

Jelas remaja yang merupak anak ketiga dari enam adik-beradik itu, dia terlibat dengan dadah jenis pil kuda.

Selain dia, abang sulungnya yang berusia 19 tahun turut terlibat dalam kancah jenis dadah yang sama.

Turut sifatkan bagaimana bentuk dan warna pil kuda serta cara mengambilnya

Sewaktu disoal bagaimanakah bentuk pil berkenaan, remaja itu mengatakan bentuknya bulat, berwarna merah dan terdapat tulis WY pada pil tersebut.

Bukan hanya itu, remaja itu juga menjelaskan dia mengambil pil tersebut dengan beberapa cara.

Menurutnya dia menggunakan penyedut minuman, kertas rokok dan banyak lagi untuk mengambil barangan terlarang itu.

Ambil sebab nak rajin buat kerja

Menurut remaja pengambilan dadah itu, membuatkan dia untuk rajin bekerja. Katanya dia bekerja memanjat pokok kelapa dengan ketinggian sekitar 10 kaki dan sudah tidak bersekolah lagi.

Malah remaja itu juga mengatakan dia amat merindui keluarganya dan memilih untuk tinggal di pusat tersebut serta tidak mahu terus terjerumus dalam aktiviti tidak sihat itu.

@puspen.kota.bharu

POV : Duit Upah Panjat Pokok Kelapa Licin Angkara Pil Kuda #kereta #ketagihan @aadktv @AGENSI ANTIDADAH MALAYSIA @Agensi Antidadah Kebangsaan @Ceo_AntiDrug KualaKrai

♬ Epic News – DM Production

Ramai sedih, harap remaja dapat pulih daripada ketagihan dadah

Melihat di ruangan komen, ada yang sebak mendengar kisah remaja berkenaan dan beranggapan dia masih muda.

Malah ada yang menyifatkan masa depan remaja itu masih panjang dan berharap dia dapat berhenti serta sembuh daripada ketagihan berkenaan.

Tak kurang ada yang berasa marah terhadap tindakan individu tak bertanggungjawab seperti terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan menyifatkan mereka adalah golongan yang merosakkan anak bangsa.

Ada juga bertanya berapakah tempoh remaja berkenaan akan berada di bawah jagaan Puspen, kebiasaannya tempoh 2 tahun namun boleh diawalkan berdasarkan prestasi.

“Tengok wahai pengedar, kau merosakkan anak bangsa sendiri. Allahuakbar, hancurnya hati aku tengok semua ni”

image is not available

“Aku sedih wei bila tengok adik ni. Ingat dekat adik-adik aku, walaupun dah besar minta dijauhkan dadah dan jenayah”

image is not available

“Ada contoh terdekat yang kenalkan dia pil kuda tu. Kawan aku dulu cerita bapak dia dengan geng siap berhimpun dekat garaj. Tepi rumah ketum dan ubat batuk. Abang dia pun sekali..”

image is not available