
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Fasa kanak-kanak sememangnya terkenal dengan sifat ingin tahu dan dunia imaginasi yang kreatif selain mempelajari perkara baharu mengikut cara mereka tersendiri.
Bila sebut tentang kanak-kanak, ada hari ibu bapa diuji dengan karenah si cilik yang kadangkala boleh menguji kesabaran 🥲.
Namun bila mereka berbuat baik, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk memberi ganjaran atau menghiburkan cahaya mata kesayangan.
Antara yang paling biasa dibuat adalah dengan membawa anak ke tempat kegemaran mereka seperti taman permainan.
Baru-baru ini team BuzzKini, Amrel telah membawa anaknya ke taman permainan yang terdapat dalam pusat membeli belah.
Kidzooona Safari Kini Dibuka, Kanak-Kanak Boleh Bermain & Berimaginasi Seperti Dalam Hutan
Buat ibu bapa yang mencari kelainan dan mahu anak-anak terokai dunia bertemakan safari, Kidzooona Safari di Aeon Mall Nilai, Negeri Sembilan oleh Aeon Fantasy Malaysia adalah tempat yang tepat.
Baru sahaja dibuka secara rasmi pada 11 Julai lalu, taman permainan indoor dalam pusat beli belah ini membolehkan kanak-kanak untuk bermain dan berhibur mengikut kreativiti mereka tersendiri.

Pelbagai aktiviti dan tarikan menarik menanti pengunjung antaranya seperti Snake Jungle iaitu zon permainan yang dipenuhi terowong dan laluan mendaki serta Hippo Trampoline Waterfall yang memberi peluang buat si cilik bermain dengan latar belakang air terjun fantasi.

Malah, siap ada kolam bola yang luas pastinya buat si kecil teruja serta Oasis Cafe yang dihiasi dengan elemen safari bagi memberikan keselesaan buat pengunjung untuk berehat.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga berpeluang meneroka dunia imaginasi mereka sebagai pelanggan dengan adanya port membolehkan kanak-kanak untuk ‘membeli-belah’ mengikut kreativiti mereka tersendiri.


Bayar Sekali Main Sepanjang Hari
Ibu bapa juga berpeluang menikmati permainan bersama anak kesayangan khususnya di Drop Slide, barulah sama-sama boleh enjoy! 🤩🛝
Tetapi tidak semua permainan sesuai ye untuk orang dewasa. Permainan gelongsor dilarang sama sekali! 🙅
Oh, ibu bapa juga tak perlu risau tentang keselamatan kerana setiap permainan ada pekerja yang mengawasi pergerakan si cilik.
Lebih menarik, pengunjung hanya perlu membayar sekali sahaja dan boleh bermain sepuas-puasnya sepanjang hari dari pagi sampai ke malam tanpa had kemasukan (multiple entry), menarikkan? 😍


Promosi Sempena Hari Pembukaan Sehingga 30 September
Sempena hari pembukaan secara rasmi pada minggu lalu, Aeon Fantasy Malaysia menerusi Kidzooona Safari Aeon Mall Nilai menawarkan promosi istimewa buat pengunjung.
Bermula 11 Julai sehingga 20 Julai 2025, orang ramai berpeluang menikmati diskaun 50% untuk harga tiket kemasukan.
Malah sehingga 30 September ini, harga pakej tiket bagi tiga orang kanak-kanak hanya RM120. Berbaloikan? 💸
Ada yang dah plan nak datang Kidzooona Safari Aeon Mall Nilai? Ini senarai harga untuk rujukan korang!
Yuran Kemasukan Dewasa & Remaja (13 tahun dan ke atas) Kanak-Kanak (2 hingga 12 tahun) Hari Biasa (Isnin – Jumaat) RM12 RM45 Hujung Minggu (Sabtu-Ahad/Cuti Sekolah & Cuti Umum) RM12 RM55
Nak hiburkan hati anak sambil membeli belah barang dapur, Kidzooona Safari, Aeon Mall Nilailah tempatnya!
