KKB Engineering raih kontrak RM517 juta bagi infrastruktur bekalan air Samalaju, Sarawak

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2026 • 5:52 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KKB Engineering raih kontrak RM517 juta bagi infrastruktur bekalan air Samalaju, Sarawak Image from: KKB Engineering raih kontrak RM517 juta bagi infrastruktur bekalan air Samalaju, Sarawak liza01/10/2026 - 17:52 kawasan Perindustrian Samalaju Sarawak Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 1 Okt – KKB Engineering Berhad meraih kontrak bernilai kira-kira RM517 juta daripada Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) bagi projek Infrastruktur Fizikal Bekalan Air Samalaju Fasa 2 di Sarawak.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KKB berkata kontrak itu diterima pada 28 September 2026 menerusi Surat Setuju Terima yang dianugerahkan kerajaan bagi projek berkenaan.

 

“Projek tersebut mempunyai tempoh pelaksanaan selama 36 bulan atau tiga tahun, dengan KKB dikehendaki memeterai perjanjian bertulis dengan Kerajaan Malaysia.

 

Projek bekalan air bernilai RM517 juta

“Projek itu tidak memberi kesan kepada modal saham syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat serta kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaannya,” kata KKB.

 

Syarikat itu berkata, pelaksanaan projek berkenaan terdedah kepada beberapa risiko termasuk ketersediaan tenaga kerja mahir dan bahan, turun naik kadar pertukaran mata wang asing serta perubahan harga.

 

Selain itu, keadaan cuaca serta perubahan dalam keadaan politik, ekonomi dan peraturan turut dikenal pasti sebagai antara faktor yang boleh menjejaskan pelaksanaan projek.

 

KKB berkata, tiada mana-mana pengarah, pemegang saham utama atau pihak yang berkaitan dengan mereka mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam projek tersebut.

 

Lembaga Pengarah KKB berpandangan bahawa projek berkenaan adalah demi kepentingan terbaik syarikat dan kumpulannya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved