Kontinjen Selangor meneruskan saingan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dengan kutipan keseluruhan 182 pingat, terdiri daripada 75 pingat emas, 56 pingat perak dan 51 pingat gangsa, setakat hari ini.
Selangor selaku tuan rumah terus mengungguli pungutan pingat dengan 75 pingat emas, 55 pingat perak dan 51 pingat gangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas carta kutipan pingat.
Saingan SUKMA Selangor 2026 masih berlangsung dan kontinjen Selangor dijangka terus menambah koleksi pingat menerusi beberapa acara yang dipertandingkan sepanjang hari ini.
Atlet karate Selangor, Sharvaankumar berjaya meraih pingat emas dalam acara kumite individu lelaki +84kg di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 22 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGORAtlet wushu taolu Selangor, Ying en teh dalam acara Nanguan wanita dalam saingan SUKMA Selangor 2026 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 22 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGORAtlet karate Selangor, Sanjena berjaya meraih pingat emas dalam acara akhir Kumite individu wanita -55kg di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 22 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGORPemain atlet wushu taolu Selangor, Chui yu tan dalam acara Nanguan wanita pada saingan SUKMA Selangor 2026 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 22 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGORAtlet karate kumite gembira selepas meraih pingat dalam sukan karate kumite di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 22 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR
Atlet karate Selangor, Sharvaankumar berjaya meraih pingat emas dalam acara kumite individu lelaki +84kg di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 22 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGORAtlet karate Selangor, Sanjena (tengah) berjaya meraih pingat emas dalam acara akhir Kumite individu wanita -55kg di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 22 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGORPeninju Selangor, Tan Yee Siang (merah) melepaskan tumbukan tepat ke arah muka peninju Wilayah Persekutuan,Muhammad Nortawachai Nordin dalam acara light middle 71 kg pada saingan SUKMA Selangor 2026 di Dewan Tun Abdullah Mohd Saleh, UKM, Bangi pada 22 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGORPeninju Selangor Tan Yee Siang memenangi pingat emas dalam acara light middle 71 kg dalam saingan SUKMA Selangor 2026 di Dewan Tun Abdullah Mohd Saleh, UKM, Bangi pada 22 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR
Pelumba Sarawak Adib Andhar Andan ketika beraksi dalam acara akhir berbasikal trek keirin lelaki pada SUKMA Selangor 2026 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada 22 Ogos. 2026. Foto BERNAMAAtlet Selangor, Cadence Teh Zi Qi beraksi dalam acara palang tidak sejajar wanita akhir gimnastik artistik pada saingan SUKMA Selangor 2026 di Dewan Canselor Tun Razak UKM, Bangi pada 22 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGORAtlet Selangor, Mann Chong Ming beraksi dalam acara senam lantai lelaki akhir gimnastik artistik pada saingan SUKMA Selangor 2026 di Dewan Canselor Tun Razak UKM, Bangi pada 22 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGORAtlet Selangor, Leong Yee Shean beraksi dalam acara palang tidak sejajar wanita akhir gimnastik artistik pada saingan SUKMA Selangor 2026 di Dewan Canselor Tun Razak UKM, Bangi pada 22 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR
Atlet Selangor, Mann Chong Ming beraksi dalam acara kekuda berpelana lelaki akhir gimnastik artistik pada saingan SUKMA Selangor 2026 di Dewan Canselor Tun Razak UKM, Bangi pada 21 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGORAtlet Selangor, Cadence Teh Zi Qi menunjuk pingat emas kepada rakannya Leong Yee Shen yang menangi pingat perak selepas penyampaian hadiah acara palang tidak selari gimnastik artistik pada saingan SUKMA Selangor 2026 di Dewan Canselor Tun Razak UKM, Bangi pada 21 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGORAntara aksi pelumba Johor dalam acara akhir berbasikal trek pursuit berpasukan lelaki menentang Perak pada SUKMA Selangor 2026 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada 22 Ogos 2026. Foto BERNAMAPasukan pelumba Selangor beraksi dalam acara berbasikal trek pursuit berpasukan lelaki pada SUKMA Selangor 2026 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Semnbilan pada 22 Ogos 2026. Foto BERNAMA
Aksi atlet Sarawak, Elvis Priestly Clement meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform lelaki individu pada SUKMA Selangor 2026 di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam pada 22 Ogos 2026. Foto BERNAMAAksi atlet Wilayah Persekutuan, Teng Hui Xue dan Lee Yiat Qing yang meraih pingat perak dalam acara tiga meter papan anjal seirama wanita pada SUKMA Selangor 2026 di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam pada 22 Ogos 2026. Foto BERNAMAAtlet tenpin boling Perlis, Zureen Alyssa Qaisara Azlisham beraksi dalam acara tenpin boling master wanita akhir pada SUKMA 2026 di Sunway Megalanes, Petaling Jaya pada 22 Ogos 2026. Foto BERNAMAAtlet Perak Sofia Iman Ahmad Farhan beraksi menentang atlet Melaka Isabelle Lee Jia Qi dalam acara epee berpasukan wanita pada perlawanan akhir SUKMA Selangor 2026 di Pusat Sukan UiTM, Shah Alam pada 22 Ogos 2026. Foto BERNAMAAtlet memanah Selangor Nur Ieka Hariesya Zainal Habsahli (kiri) dan Muhammad Rizq Arif Kharul Nezam (kanan) beraksi pada acara recurve berpasukan campuran bagi penentuan pingat emas SUKMA Selangor 2026 di Stadium Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang pada 22 Ogos 2026. Foto BERNAMA