KLIMS 2024: Proton X50 Sport Edition, Memang Sporty, Macho, Sasa

LocalCars
5 Dec 2024 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Proton X50 Sport Edition juga membuat penampilan sulungnya di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

Buat masa ini Proton masih belum mendedahkan sebarang harga mengenai model terhad itu namun kami menjangkakan harganya mungkin sedikit mahal berbanding dengan varian Proton X50 Premium.

image is not availableimage is not available

Selain itu, kami difahamkan, Proton X50 Sport Edition ini akan mula dijual pada hujung tahun depan.

Apapun, varian ini dilihat mempunyai kelebihan berbanding model yang sedia ada memandangkan ia hadir dengan skirting berwarna merah, termasuk pada gril bahagian bawah dan bampar belakang.

image is not availableimage is not available

Malah, warnanya yang hitam dan merah di bahagian depan, sisi dan belakang menonjolkan lagi ciri sporty model ini.

Antara kelengkapan lain ialah ia hadir dengan rim 18 inci hitam, empat ekzos dan tertera perkataan plat Sport Edition.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Menjengah bahagian kabinnya, ia diberikan karpet berwarna hitam, merah, bahagian kerusi dan perehat juga dihiasi dengan rona merah.

Menurut sumber dalaman Proton, aspek mekanikal adalah kekal sama di mana versi ini tampil dengan enjin 1.5L TGDi dengan transmisi dual-clutch (DCT) 7 kelajuan.

Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 150 PS dan tork 226 Nm.

image is not availableimage is not available

Difahamkan, ciri keselamatannya juga sama dengan ciri seperti sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS), termasuk kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan autonomi, dan bantuan kekal lorong.

Apa pula pandangan anda mengenai Proton X50 Sport Edition ini?