Konflik Asia Barat: China Pertimbang Hulur Bantuan Kewangan, Komponen Senjata Kepada Iran

WorldPolitics
8 Mar 2026 • 1:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

China dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan menyalurkan bantuan kewangan serta komponen berkaitan peluru berpandu kepada Iran ketika konflik negara itu dengan Amerika Syarikat dan Israel terus memuncak.

Beberapa sumber melaporkan Beijing setakat ini masih berhati-hati dan mengelak daripada terlibat secara langsung dalam konflik berkenaan.

Namun, pegawai Amerika Syarikat dilaporkan sedang memantau sebarang tanda perubahan dalam pendirian China terhadap situasi itu.

Artikel berkaitan: Iran Isytihar Berkabung 40 Hari, Cuti Umum Seminggu Susulan Kematian Khamenei

Laporan itu turut menyatakan China merupakan antara pembeli terbesar minyak mentah Iran dan sebelum ini pernah menggesa Tehran memastikan keselamatan laluan perdagangan melalui Selat Hormuz terus terjamin.

Laluan tersebut merupakan antara laluan perkapalan minyak paling penting di dunia.

Sumber risikan yang dipetik media berkenaan berkata Beijing mengambil pendekatan berhati-hati kerana sebarang sokongan terbuka kepada Iran boleh menjejaskan kepentingan tenaga dan perdagangan negara itu.

Dalam perkembangan berkaitan, laporan sama turut mendakwa Rusia telah berkongsi imej satelit dan maklumat risikan dengan Iran termasuk data berkaitan kedudukan serta pergerakan pasukan tentera Amerika Syarikat.

Ketegangan di rantau itu terus meningkat apabila serangan balas antara pihak terlibat dilaporkan masih berterusan dan semakin memuncak.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.