Kongres FAM: Mahu jawatan kena berani

LocalFootball
2 Sep 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kongres FAM: Mahu jawatan kena berani

CALON baharu Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu nyatakan pendirian jelas untuk membawa perubahan menjelang Kongres Pemilihan badan induk itu yang dijadual berlangsung pada 17 September depan.

Pemerhati bola sepak tempatan, Prof. Madya Dr Zulakbal Abd Karim sesiapa sahaja yang setuju untuk bertanding tidak boleh mengambil pendekatan ‘play save’ sebaliknya fokus untuk bangkitkan semula maruah bola sepak negara.

Kata Zulakbal, jika calon serius untuk bertanding, mereka wajar untuk buat sidang media secara terbuka untuk bentangkan manifesto atau perubahan yang cuba diusulkan jika dilantik nanti.

“Sekarang belum ada yang berani nak hebahkan manifesto mereka sedangkan itu adalah agenda penting. Kebanyakan Exco masih mengambil pendekatan berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

“Secara peribadi, saya rasa tidak wajar kerana mereka bakal jadi harapan untuk bawa perubahan kerana tugas utama adalah membersihkan semula nama FAM yang tercalar sebelum ini,” katanya kepada Kosmo!.

Reputasi FAM telah tercalar pada tahun lalu susulan isu pemalsuan dokumen pemain warisan sehingga menerima hukuman berat FIFA sekali gus menyebabkan semua Exco penggal 2025-2029 telah letakkan jawatan pada Januari lalu.

Sebagai rekod, semua calon yang bertanding pada tujuh kategori jawatan babitkan Presiden, Naib Presiden 1, Naib Presiden 3, Exco FA, Exco FC, Exco Pakar dan Exco Wanita masih ada masa sehingga hari ini untuk mengesahkan pendirian untuk bertanding atau tidak.

Kemudian, badan sekretariat badan induk bola sepak No. 1 negara itu akan mengumumkan senarai nama yang bertanding pada Kongres Pemilihan FAM nanti.

Sementara itu, Zulakbal mengakui keputusan calon untuk masih merahsiakan status mereka sama ada mahu bertanding pada Kongres Pemilihan FAM sejak Julai lepas sehingga tarikh tutup hari ini sebagai strategi ‘politik’.

Katanya, calon yang berhasrat merebut kerusi Exco FAM mungkin masih belum bersedia mendedahkan pendirian secara terbuka kerana bimbang implikasi politik sekiranya mereka terlalu awal menyatakan sokongan atau hala tuju.

The post Kongres FAM: Mahu jawatan kena berani appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved