Kongsi Hidangan Masakan Buat Suami, Gelas Bella Astillah Pula Jadi Tumpuan - “Siapa Yang Bagi Hadiah Haritu Tengoklah…”

29 Oct 2026 • 12:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Kongsi Hidangan Masakan Buat Suami, Gelas Bella Astillah Pula Jadi Tumpuan - “Siapa Yang Bagi Hadiah Haritu Tengoklah…”

Perkongsian penyanyi dan pelakon Bella Astillah menyediakan nasi ayam buat suaminya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian apabila netizen menyedari kehadiran gelas bergambar pasangan tersebut di atas meja. Gelas yang dipercayai hadiah perkahwinan itu kelihatan bersama hidangan disediakan Bella. Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa senang melihat cara Bella menghargai hadiah daripada peminatnya. “Siapa yang bagi hadiah gelas hari tu, tengoklah, betul-betul dimanfaatkan penggunaannya,” tulis individu tersebut. Menjengah ruangan komen, beberapa pengguna lain turut memuji sikap penyanyi berkenaan, selain menyifatkan gelas bergambar wajah pasangan yang dikenali sebagai BASS itu sebagai comel. “Bella punya bagus itu memang nampaklah dia menghargai peminatnya,” komen seorang pengguna. “Comelnya cawan itu, baru perasan,” tulis seorang lagi. Bagaimanapun, identiti pemberi serta asal usul gelas tersebut tidak diperincikan dalam perkongsian berkenaan. Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500. Pasangan itu turut diraikan dalam majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), diikuti Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober lalu. Majlis seterusnya dijadualkan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini. Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved