Konsert Kelate KL 2026 ditunda ke tarikh baharu

EntertainmentMusic
17 Aug 2026 • 2:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Kelate KL 2026

PETALING JAYA: Konsert Kelate KL 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu berikutan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Menurut penganjur utama, Natriya Enterprise berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa perkara yang memerlukan pertimbangan dan penyelarasan lanjut.

Katanya, langkah berkenaan penting bagi memastikan keseluruhan perjalanan acara dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Kelate KL 2026

“Pihak penganjur faham dengan penangguhan ini, mungkin menimbulkan sedikit kesulitan kepada para peminat yang telah membuat perancangan awal untuk menghadiri Konsert Kelate KL 2026.

“Kami percaya penangguhan ini adalah langkah terbaik bagi memastikan segala perancangan dapat disusun semula dengan lebih baik sebelum acara diteruskan pada tarikh baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Konsert Kelate KL yang ditunda itu mengetengahkan elemen warisan Kelantan termasuk Dikir Barat dan Wayang Kulit sebagai sebahagian daripada pengalaman yang ingin dipersembahkan kepada peminat.

Sehubungan itu, pihak penganjur memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul serta menghargai kesabaran, pemahaman dan sokongan berterusan daripada semua peminat serta pihak yang menyokong perjalanan acara berkenaan.

“Tarikh baharu Konsert Kelate KL 2026 akan diumumkan selepas segala proses penyelarasan dimuktamadkan.

“Pengumuman rasmi berhubung tarikh baharu akan dibuat menerusi saluran komunikasi rasmi penganjur sebaik sahaja keputusan dimuktamadkan,” katanya.

Bagi pemegang tiket yang telah membuat pembelian menerusi platform Ilasso, pihak penganjur akan menyediakan proses pemulangan wang.

“Maklumat lanjut berhubung proses pemulangan wang termasuk kaedah dan tempoh pemulangan akan diumumkan menerusi saluran rasmi penganjur dan platform tiket Ilasso dalam masa terdekat,” katanya.

Pemegang tiket dinasihatkan menyimpan bukti pembelian, nombor pesanan dan maklumat tiket masing-masing bagi melancarkan proses pemulangan wang.

The post Konsert Kelate KL 2026 ditunda ke tarikh baharu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved