Konsol PC MSI Claw 8 AI+ Dijangka Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di CES 2025

TechnologyDigital
21 Nov 2024 • 3:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada pertengahan tahun ini, pada masa yang sama dimana Intel memperkenalkan cip pemprosesan komputer riba generasi terbaru Lunar Lake mereka, MSI juga telah memperlihatkan kemaskini kepada konsol PC mereka, iaitu MSI Claw 8 AI+.

Walaupun ia kemudiannya diperlihatkan sekali lagi di acara IFA di Berlin, tidak banyak butiran yang diperlihatkan mengenainya. Tetapi apa yang kami tahu ialah ia akan dikuasakan sebuah cip pemprosesan Intel Core Ultra 200V yang mana spesifikasinya tidak jelas lagi.

image is not available

Tetapi apa yang kita juga tahu bahawa cip pemprosesan Intel Lunar Lake, khususnya yang dengan model Intel Core Ultra 7 200V keatas semuanya menggunakan cip pemprosesan grafik Xe2 generasi kedua dengan nama model Intel Arc 140V yang sudahpun memperlihatkan kemampuan gaming yang cukup baik.

Terkini, melalui pengumuman yang dikeluarkan CES sendiri, nampaknya MSI akan memperkenalkan konsol Claw 8 AI+ ini secara rasmi sewaktu acara tersebut pada awal tahun hadapan. Pihak CES juga mengatakan bahawa konsol ini mempunyai jangka hayat selama 4 jam permainan komputer AAA secara berterusan, yang mana ia boleh dikatakan sangat cekap.

Jika anda mahu mengetahui lagi sedikit butiran tambahan mengenai konsol ini, kami berpeluang untuk bermain sedikit dengannya di acara IFA 2024 beberapa bulan lalu.