Kontraktor PTI didakwa tipu wanita RM8,000

29 Aug 2026 • 4:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kontraktor PTI didakwa tipu wanita RM8,000

Kota Kinabalu: Seorang kontraktor warga Filipina berusia 50 tahun didakwa menipu seorang wanita berhubung projek menaik taraf jalan konkrit membabitkan RM8,000.

Benjamin Golucino JR yang sedang menjalani hukuman atas kesalahan memasuki negara ini secara haram mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir terhadap pertuduhan itu pada Jumaat.

Benjamin didakwa menipu wanita berusia 46 tahun itu dengan memperdayakannya supaya percaya bahawa dia boleh mendapatkan projek menaik taraf jalan konkrit di Jalan Kampung Guntas, Maang, Penampang daripada Majlis Daerah Penampang.

Pertuduhan menyatakan Benjamin dengan niat memperdaya mendorong wanita berkenaan membayarnya RM8,000, yang tidak akan dibayar sekiranya dia tidak diperdaya sedemikian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira 11.30 pagi pada 13 April tahun ini di Jun Won K-Café, Metrotown, di sini.

Mahkamah menetapkan 5 Okt ini untuk sebutan semula dan tiada jaminan ditawarkan kepada Benjamin sementara menunggu tarikh berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadzri Azham Zainudin mengendalikan pendakwaan, manakala Benjamin tidak diwakili peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved