Koperal maut motosikal bergesel lori

11 Sep 2026 • 2:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Koperal maut motosikal bergesel lori
Koperal Izwan
Image from: Koperal maut motosikal bergesel lori
Lokasi kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal ditunggang anggota polis dengan sebuah lori di Jalan Kebun, Klang pada Rabu.

KLANG - Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kebun di sini pada Rabu.

Mangsa Koperal Izwan Napiah, 41, yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 malam dipercayai berlaku apabila mangsa dalam perjalanan dari arah Jalan Kebun menghala ke Rimbayu.

Menurutnya, semasa bergerak lurus, motosikal mangsa dipercayai telah bergesel dengan bahagian tayar sebuah lori yang dipandu lelaki tempatan.

**media[3643907]**

"Kesan pergeselan itu menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terjatuh di jalan raya.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, polis memohon kerjasama orang ramai atau saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi BSPT IPD Klang Selatan atau mana-mana balai berhampiran.

Tambahnya, polis menyeru semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan, mematuhi peraturan lalu lintas dan undang-undang ditetapkan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved