Barisan Nasional (BN) menyasarkan Kota Laksamana sebagai ibu negeri baharu Melaka sekiranya gabungan itu memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, 14 November ini.

Memetik laporan Berita Harian, pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh, berkata cadangan itu berkait dengan rancangan membangunkan koridor ekonomi baharu yang menghimpunkan projek pelancongan, perubatan dan komersial. Menurutnya, pertumbuhan sektor tersebut membuka ruang untuk Kota Laksamana dibangunkan sebagai pusat pentadbiran negeri.
“Saya mensasarkan, insya-Allah Kota Laksamana akan menjadi ibu kota negeri Melaka. Itu yang saya harapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program kempen di Bilik Gerakan BN Kota Laksamana di Jalan Hang Tuah pada 8 November. Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dan calon BN bagi kerusi itu, Melvin Chua Kew Wei.

Ab Rauf berkata, lima tahun pertama akan digunakan untuk meletakkan asas pembangunan sebelum projek diteruskan secara berperingkat. Antara kemudahan dan projek yang diketengahkannya ialah Encore Melaka, Pusat Perubatan Oriental Melaka Straits serta pusat beli-belah baharu di Klebang.
Kerajaan negeri, katanya, akan menyelaras pelaksanaan projek dengan pihak swasta, menyediakan kemudahan dan mengurangkan kerenah birokrasi bagi mempercepat pembangunan.
Dalam pada itu, Ab Rauf yakin Melvin mampu mencipta kejutan dalam saingan tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, Low Chee Leong, dan calon Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Ethan Lim Zhi Hao. Pada PRN 2021, Low mempertahankan kerusi Kota Laksamana dengan majoriti 11,494 undi.
Sumber: Berita Harian (Suharmin Yusuf)




![PRN Melaka: ‘Undi Hak Anda, Pemuda UMNO Sediakan Khidmat Guaman Percuma Jika Ada Pihak Yang Paksa Undi’ – Akmal Saleh [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/PRN-Melaka_-‘Undi-Hak-Anda-Pemuda-UMNO-Sediakan-Khidmat-Guaman-Percuma-Jika-Ada-Pihak-Yang-Paksa-Undi-Akmal-Saleh-Video.jpg?t=1794281533)
