KPDN Cawangan Kudat Rampas 800 Liter Diesel Dipercayai Cuba Diseleweng

LocalPolitics
9 Apr 2026 • 2:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KPDN Cawangan Kudat Rampas 800 Liter Diesel Dipercayai Cuba Diseleweng

KUDAT, 9 April (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat merampas 800 liter diesel dipercayai cuba diseleweng dalam Ops Tiris 4.0 di Pulau Banggi, di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Kudat Nazatul Shima Karim berkata bahan api itu disimpan dalam empat tong drum yang diletakkan di bahagian belakang sebuah kereta pacuan empat roda di jalan utama Karakit-Batu Layar.

"Semasa pemeriksaan dijalankan, seorang lelaki tempatan turut ditahan untuk membantu siasatan dan kenderaan serta minyak diesel tersebut disita dan dirampas untuk siasatan lanjut. Hasil operasi itu membawa kepada satu tindakan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nazatul Shima berkata KPDN sentiasa komited dalam membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan, khususnya bahan api yang memberi kesan langsung kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan secara berterusan dan lebih agresif terutama di kawasan Pulau Banggi yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi berlakunya aktiviti penyeludupan dan penyelewengan bahan api.

“Ops Tiris 4.0 dilaksanakan sebagai tindakan susulan kepada Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (GEMPUR) oleh kerajaan melalui KPDN yang memberi fokus kepada usaha menangani ketirisan barang kawalan di pasaran,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved