KPKM Sedia Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM Siasat Isu Kelewatan Baja 3 Di MADA

LocalPolitics
6 Sep 2026 • 6:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

KPKM Sedia Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM Siasat Isu Kelewatan Baja 3 Di MADA

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersedia memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya siasatan dijalankan berhubung isu kelewatan pembekalan Baja 3 kepada pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, siasatan secara telus dan menyeluruh perlu dijalankan bagi memperjelaskan setiap persoalan berkaitan proses pembekalan baja berkenaan.

“Saya menyambut baik arahan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti isu kelewatan pembekalan Baja 3 di kawasan MADA.

“Bagi saya, perkara ini perlu disiasat secara telus dan menyeluruh. KPKM akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM bagi memastikan setiap persoalan berkaitan proses pembekalan ini dapat diperjelaskan,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Mohamad turut menyambut baik arahan Perdana Menteri supaya SPRM menyiasat isu kelewatan pembekalan Baja 3 di kawasan MADA.

Menurut Anwar, siasatan itu bertujuan mengenal pasti punca sebenar kelewatan berulang yang menjejaskan petani dan pesawah, selain meneliti status syarikat yang dipertanggungjawabkan menguruskan proses pembekalan berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, rekod KPKM menunjukkan syarikat pembekal gagal memenuhi komitmen penghantaran yang ditetapkan sehingga menyebabkan kelewatan bekalan kepada pesawah.

“Kegagalan ini bukan sahaja memberi kesan kepada pesawah, malah turut memberikan imej negatif kepada KPKM dan kerajaan Madani.

“Atas sebab itu, KPKM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kegagalan syarikat berkenaan selaras dengan peraturan serta terma kontrak,” katanya.

Baca juga:

Sebelum ini, media melaporkan kelewatan pembekalan baja kepada pesawah berisiko menjejaskan pengeluaran padi tempatan serta menurunkan Kadar Sara Diri (SSR) beras negara.

Dianggarkan kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan MADA masih belum menerima bekalan Baja 3, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap hasil tuaian bagi musim semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved