KPKT perbanyak rumah mampu sewa, perluas peluang miliki kediaman

5 Aug 2026 • 10:48 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan terus mempergiat pelbagai langkah bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sewa kediaman, termasuk menambah bekalan rumah mampu sewa, memperluas akses kepada pemilikan rumah dan memperkukuh perlindungan terhadap penyewa.

Menurut laporan Kosmo! Online, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, kerajaan menyedari kenaikan kadar sewa rumah dan bilik di kawasan bandar memberi tekanan kepada ramai pihak khususnya golongan muda serta keluarga yang baru memulakan kehidupan.

Beliau berkata, kerajaan tidak bercadang melaksanakan kawalan harga sewa secara menyeluruh memandangkan pasaran sewaan dipengaruhi pelbagai faktor ekonomi selain keadaan setempat.

“Sebaliknya, kerajaan mengambil pendekatan lebih menyeluruh dengan memperbanyakkan penyediaan rumah sewa yang mampu didiami, memperkukuh perlindungan kepada penyewa serta meningkatkan peluang pemilikan rumah agar kebergantungan kepada pasaran sewaan dapat dikurangkan dalam jangka panjang,” katanya.
Image from: KPKT perbanyak rumah mampu sewa, perluas peluang miliki kediaman

Foto arkib: Bernama

Aiman Athirah berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Wong You Fong di Dewan Negara, pada Selasa.

Ujarnya, antara inisiatif yang sedang digerakkan ialah Skim Sewa-untuk-Beli (Rent-to-Own, RTO) di bawah Program Residensi Rakyat (PRR), pembangunan Rumah Belia Madani (RBM) bagi golongan belia serta Perumahan Inklusif Madani (PIM) yang menyediakan rumah mampu milik kepada pelbagai kumpulan sasaran.

Image from: KPKT perbanyak rumah mampu sewa, perluas peluang miliki kediaman

Foto: Janaan AI

Pada masa sama, beliau berkata, KPKT telah memuktamadkan Rang Undang-Undang Penyewaan Kediaman (RTA) yang bertujuan memastikan hak penyewa dan pemilik rumah lebih seimbang, selain menyediakan mekanisme penyelesaian pertikaian yang lebih cepat, mudah dan berkos rendah.

Tambahnya lagi, kerajaan turut memperluaskan akses kepada pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), Step-Up Financing serta pelepasan cukai ke atas faedah pinjaman perumahan bagi membantu lebih ramai rakyat, khususnya pembeli rumah pertama, memiliki kediaman sendiri.

Sumber: Kosmo! Online (Amir Haikal Kamarudin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved