KPM Arah Henti Semua Program Libat Penceramah Motivasi Tular Selepas Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh Terhadap Pelajar

LocalPolitics
1 Oct 2026 • 4:49 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

KPM Arah Henti Semua Program Libat Penceramah Motivasi Tular Selepas Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh Terhadap Pelajar

Sejak malam tadi (30 September), tular di media sosial perkongsian aktivis dan penyanyi rap, Caprice mengenai seorang penceramah motivasi yang didakwa berkelakuan tidak senonoh terhadap pelajar sekolah.

Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan di Instagram, Caprice berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp yang dipercayai dihantar oleh penceramah berkenaan terhadap seorang pelajar serta video pengakuan seorang individu yang dipercayai mangsa penceramah terbabit.

Malah, Caprice turut berkongsi video perbualannya bersama seorang individu yang dipercayai rakan kepada penceramah berkenaan.

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

KPM Arah Henti Serta-Merta Program Libatkan Penceramah Motivasi

Terbaharu, kesemua program yang melibatkan penceramah bebas berkenaan diarah dihentikan serta-merta.

Ia susulan dakwaan tular yang mendakwa individu terbabit berkelakuan tidak wajar sewaktu mengendalikan program bersama murid di sekolah.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, tindakan tersebut diambil untuk memberi ruang kepada siasatan penuh berhubung dakwaan yang sedang tular di media sosial.

“Saya mengambil maklum beberapa dakwaan yang sedang tular di media sosial membabitkan seorang penceramah bebas yang pernah mengendalikan program bersama murid di sekolah.

“Dakwaan yang dibangkitkan adalah serius kerana membabitkan keselamatan dan perlindungan murid. Saya sudah meminta KPM mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Fadhlina Seru Mana-Mana Individu Mempunyai Maklumat Untuk Tampil Buat Laporan Polis

Pada masa sama, Fadhlina turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membuat laporan polis.

Ini kerana jelasnya yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, laporan tersebut penting bagi memastikan kanak-kanak terlibat mendapat perlindungan dan sokongan yang sewajarnya.

“Keselamatan murid mesti dipandang serius dan teliti. Keselamatan anak-anak di bawah jagaan kita tidak boleh dikompromi,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan mengenai penceramah berkenaan yang dikongsikan oleh beberapa individu termasuk Caprice dan bekas guru, Mohd Fadli Salleh yang mendakwa dia melakukan perlakuan pedofilia serta menjadikan pelajar sebagai mangsa.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Cikgu Lelaki Didakwa ‘Groom’ Murid Perempuan 15 Tahun, Ramai Minta Ambil Tindakan

Baca Artikel Berkaitan: Kes Makin Meningkat! PDRM & MCMC Bekerjasama Siasat Kumpulan ‘Sexual Grooming’ Kanak-kanak

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved