KPM bakal perkenal kaedah ‘co-teaching’, dua guru dalam satu kelas pada 2027

LocalFamily & Parenting
5 Nov 2025 • 2:34 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah 'co-teaching' (pengajaran bersama) dalam kurikulum sekolah 2027, di mana dua guru mengendalikan sesi pengajaran bersama di dalam satu kelas.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pendekatan ini akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan, serta memastikan setiap pelajar menerima perhatian yang mencukupi.

"Dalam kaedah 'co-teaching', dua guru bekerjasama dalam satu kelas, ia bukannya seorang guru dibantu pembantu pengajar, tetapi gabungan dua tenaga pengajar setara yang memainkan peranan bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih berkesan dan menarik minat pelajar.

"Kita yakin kaedah 'co-teaching' membabitkan interaksi aktif dalam kelas ini dilihat sebagai jalan terbaik untuk memastikan setiap pelajar mendapat perhatian sewajarnya, sekali gus dapat mengatasi masalah keciciran pembelajaran," katanya lapor BH.

Fadhlina berkata kementeriannya sudah mula menyediakan guru-guru untuk pendekatan baharu itu melalui program pembangunan profesional dan latihan.

"Sesi penataran untuk sesi 2026 sudah bermula tahun ini, maknanya kita akan bersedia untuk sesi persekolahan pada 2027.

"Malah guru juga sudah bersedia dengan sesi pembelajaran bersepadu ini kerana ia bakal menjadi pengalaman baharu untuk mereka," katanya.

Pembaharuan dalam kurikulum sekolah bermula sesi 2027 itu dibuat tanpa membabitkan perubahan terhadap teras pendidikan negara, sebaliknya hanya mengubah pendekatan supaya seiring perkembangan zaman dengan tumpuan terhadap kemahiran dan pembelajaran bersepadu. - 5 November, 2025

The post KPM bakal perkenal kaedah ‘co-teaching’, dua guru dalam satu kelas pada 2027 appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved