Kraftangan Malaysia jayakan TKLMFW 2026, sasar kolaborasi global

LocalMen's Fashion
27 Jul 2026 • 7:43 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kraftangan Malaysia jayakan TKLMFW 2026, sasar kolaborasi global

KUALA LUMPUR – Kraftangan Malaysia terus memartabatkan kreativiti dan keupayaan usahawan kraf tempatan menerusi The Kuala Lumpur Men’s Fashion Week (TKLMFW) 2026, Jumaat lalu.
Kraftangan Malaysia menampilkan peragaan fesyen pada Sesi 7: Benang dan Sutera dengan bertemakan ‘The Heritage Bloom’ (Mekar Warisan), di M Resort & Hotel Kuala Lumpur.

Merupakan penyertaan tahun kedua, Kraftangan Malaysia pada kali ini menampilkan 20 koleksi tekstil merangkumi batik, tenunan, songket dan sulaman serta 15 koleksi aksesori kraf manik dan kulit.

Pengarah Kanan Bahagian Rekaan dan Penyelidikan, Kraftangan Malaysia, Khairul Hafizi Naharuddin, berkata, koleksi tersebut diinspirasi daripada motif bunga identiti negeri dan bunga-bungaan warisan yang sinonim dengan budaya di Malaysia.

Jelas beliau, antara motif yang diketengahkan dalam setiap rekaan ialah bunga tanjung kelopak sembilan (Selangor), getam guri (Kelantan), padi (Kedah), kenanga (Terengganu), rafflesia (Sabah), orkid Normah (Sarawak) dan gambir (Johor).

“Ia sekali gus menyerlahkan kehalusan seni dan keunikan tekstil warisan. Koleksi berkenaan turut dipadankan dengan aksesori beg berasaskan kraf sulaman yang melengkapkan gaya lelaki moden.

Image from: Kraftangan Malaysia jayakan TKLMFW 2026, sasar kolaborasi global
Khairul Hafizi

“Inisiatif ini turut menyerlahkan kreativiti pereka kraftangan Malaysia dan keupayaan usahawan kraf tempatan dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi, bernilai komersial serta berdaya saing di pasaran antarabangsa,” katanya ­kepada kepada Kosmo!.

Beliau berkata demikian pada program peragaan fesyen pada Sesi 7: Benang dan Sutera TKLMFW 2026 yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, ­Abdul Halim Ali.
Menurut Khairul Hafizi, peragaan fesyen pada tahun ini mempersembahkan hasil rekaan daripada 13 orang usahawan kraf terpilih.

“Antaranya ialah Abit Enterprise, Fleur Batik, Rumoh Songket, Zalan Songket Collection, Sharipah Mamat, Halimah Abdullah, Maliani Bolinsar, Seri Gedong Songket dan Shirley Inta anak Jumin.

“Turut terlibat, Johiam Jitui, Rawo Leather Atelier, Miza Shafi Resources dan Ain Shaaidy. Selain itu, Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. dan pereka dalaman Kraftangan Malaysia juga terlibat menjayakan peragaan ini,” ujarnya.

Selain itu, Khairul Hafizi berharap edisi pada tahun ini dapat membuka peluang baharu, khususnya dari segi kolaborasi antara kraftangan Malaysia yang membawa jenama daripada usahawan kraf tempatan dengan pereka-pereka antarabangsa.

Menurutnya, kerjasama itu pen­ting bagi mengetengahkan potensi produk kraf tempatan agar dapat dibangunkan dan dikomersialkan secara global. -KOSMO! ONLINE

The post Kraftangan Malaysia jayakan TKLMFW 2026, sasar kolaborasi global appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved