Krew Artemis II Hadapi Masalah Mengakses Outlook Ketika Di Angkasa Lepas

WorldTechnology
3 Apr 2026 • 12:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Jika anda bekerja dalam sektor korporat, atau sekurang-kurangnya syarikat bersaiz sederhana, terdapat kebarangkalian bahawa anda akan perlu menggunakan pelbagai perkhidmatan tersedia Microsoft, seperti perkhidmatan sut produktiviti Microsoft 365 ataupun perisian emel Microsoft Outlook.

Terkini, semalam kru misi Artemis II menghadapi isu untuk mengakses perisian tersebut dalam penerbangan mereka. Perisian tersebut dipasang pada dua buah komputer tablet Microsoft Surface Pro, dan kapten ekspedisi tersebut Commander Reid Wiseman mengatakan kru menghadapi kesukaran untuk mengakses Outlook pada kedua-dua peranti tersebut.

— Latest in space (@latestinspace) April 2, 2026

Beliau telah meminta kru di permukaan bumi untuk membantu mereka memperbaiki masalah ini, tetapi setakat ini ia masih tidak diketahui lagi sama ada ia telah pulih ataupun tidak. Jangkaan kami ialah perisian Outlook digunakan untuk menerima arahan-arahan baru dari pihak kru penerbangan di permukaan Bumi, dan jika Outlook tidak boleh diakses, banyak arahan dilihat lebih sukar untuk diterima, dan mungkin akan menyebabkan isu dari segi penerimaan arahan dan operasi yang perlu dilakukan sepanjang penerbangan ini.