Tuanku Muhriz berkenan saksikan lafaz ikrar taat setia, sokongan gabungan NGO

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 4:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tuanku Muhriz berkenan saksikan lafaz ikrar taat setia, sokongan gabungan NGO
Tuanku Muhriz pada Jumaat berkenan menyaksikan lafaz ikrar taat setia dan sokongan terhadap baginda. Foto fail

JEMPOL - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Jumaat berkenan menyaksikan lafaz ikrar taat setia dan sokongan terhadap baginda oleh Pengerusi Sekretariat Gabungan Islam Se-Malaysia, Che Rus Husin di Masjid Jamek Bahau di sini.

Ikrar itu dilafazkan Che Rus selepas selesai menunaikan solat Jumaat di masjid itu, yang dihadiri Tuanku Muhriz bersama lebih 300 jemaah.

Keberangkatan baginda ke masjid itu turut diiringi Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin.

Terdahulu, Tuanku Muhriz bersama dengan para jemaah mendengar khutbah bertajuk "Beruntunglah Orang Yang Menyucikan Jiwanya” dan solat jumaat diimamkan oleh Suhaimi Mohamad.

Ikrar taat setia dan sokongan kepada Tuanku Muhriz itu mewakili Gabungan Melayu Islam Malaysia serta lebih 30 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain menyatakan pendirian untuk terus menyokong baginda dalam menghadapi kemelut yang berlaku.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Che Rus berkata, kemelut berkenaan telah berlarutan terlalu lama sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat, bukan sahaja di Negeri Sembilan malah di seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya berharap kemelut berlaku itu dapat diselesaikan dengan baik mengikut adat dan undang-undang ditetapkan, demi memastikan keharmonian serta kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan terus terpelihara.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved