Krisis Kerajaan Negeri Sembilan: ADUN Labu Ubah Pendirian, Kini Pilih Berkecuali

LocalPolitics
5 May 2026 • 11:28 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Krisis Kerajaan Negeri Sembilan: ADUN Labu Ubah Pendirian, Kini Pilih Berkecuali

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Negeri Sembilan telah menarik semula sokongan terhadap kerajaan pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Susulan daripada pengumuman yang dilakukan oleh parti berkenaan, 5 ADUN Perikatan Nasional (PN) mengumumkan sedia memberi kerjasama kepada UMNO ‘demi rakyat negeri itu’.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pembangkang yang juga ADUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker yang mewakili semua ADUN PN berkenaan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 14 Adun UMNO Umum Hilang Kepercayaan, Tarik Sokongan Terhadap MB Negeri Sembilan

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Kerajaan N9: 5 ADUN PN Sedia Kerjasama & Beri Sokongan Kepada UMNO [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tuanku Titah Saya Teruskan Tadbir Sebagai Menteri Besar, Kerajaan Negeri Berfungsi Seperti Biasa – Aminuddin Harun

ADUN Labu tarik semula sokongan

Terbaharu Mohamad Hanifah telah menarik semula sokongannya terhadap 14 ADUN yang juga dari Barisan Nasional apabila memaklumkan langkah berkecuali ekoran daripada perkembangan politik semasa di negeri tersebut.

Jelas Mohamad Hanifah, pendirian itu diambil sebaik pertimbangan teliti dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan juga keperluan dalam memastikan kestabilan politik Negeri Sembilan terus terpelihara.

“Keutamaan kami adalah memastikan suasana politik kekal kondusif agar tidak menjejaskan usaha pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negeri, khususnya dalam keadaan semasa yang penuh cabaran.

“Dalam masa sama, kami berpandangan bahawa pendirian UMNO di peringkat nasional mahupun di Negeri Sembilan ketika ini dilihat tidak konsisten dan berpotensi mengelirukan rakyat.

“Malah pendekatan yang diambil seolah-olah lebih mengutamakan kepentingan parti berbanding kepentingan rakyat secara keseluruhan,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

Mahu semua beri fokus pada isu mendesak

Beliau dalam masa sama turut menegaskan sebarang perubahan besar di dalam landskap politik negeri berkenaan perlu dikembalikan kepada mandat rakyat menerusi:

  • Pilihan Raya Umum (PRU)
  • Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang

Jelasnya lagi, beliau mahu semua pihak untuk berikan fokus kepada isu yang mendesak seperti:

  • Kos sara hidup
  • Peluang pekerjaan
  • Kesejahteraan sosial
  • Pembangunan ekonomi negeri

Tegas beliau semua itu adalah untuk kesejahteraan rakyat di Negeri Sembilan.

“Pendirian berkecuali ini mencerminkan komitmen kami terhadap prinsip kematangan politik, kestabilan pentadbiran dan keutaman kepada kebajikan rakyat melebihi kepentingan politik jangka pendek.”

ADUN Gemas juga ambil pendirian berkecuali

Terdahulu ADUN Gemas dari PN, Ridzuan Ahmad juga mengambil pendirian berkecuali dan berpendapat penukaran kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan ketika ini tidak bersesuaian ekoran ia berpotensi mendatangkan ketidakstabilan yang boleh merugikan rakyat.

Menurut beliau keputusan itu dilakukan selari dengan prinsip untuk mengutamakan kestabilan, kematangan politik serta kebajikan rakyat berbanding kepentingan politik jangka pendek.

“Justeru, penukaran kepimpinan kerajaan negeri pada masa ini dilihat tidak sesuai dan berpotensi menimbulkan ketidakstabilan yang boleh merugikan rakyat.

“Sebarang perubahan besar dalam landskap politik sewajarnya diserahkan kepada mandat rakyat melalui pilihan raya umum akan datang, bukannya dilakukan dalam keadaan yang boleh mencetuskan ketidaktentuan,” jelasnya, lapor Berita Harian.