Kruniverse dan Unity Trust bangunkan projek hospitaliti RM50 juta di Lembah Klang

LocalBusiness & Finance
29 Aug 2025 • 5:39 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kruniverse dan Unity Trust bangunkan projek hospitaliti RM50 juta di Lembah Klang

image is not available

29/08/2025 - 17:39

Datuk Norman Abdul Halim memberi penerangan mengenai perancangan Kruniverse Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Kruniverse Sdn Bhd, cabang baharu kumpulan syarikat KRU, mengumumkan kerjasama strategik dengan Unity Trust Berhad bagi membangunkan perniagaan hospitaliti dan gaya hidup bernilai RM50 juta di Shah Alam dan Klang.

Kerjasama ini menyasarkan pembangunan beberapa projek utama di lokasi strategik dengan sokongan pihak berkuasa tempatan dan pemegang taruh.

Presiden Lembaga Pengarah Kruniverse, Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Tengku Bendahara Zaizi Azman Shah berkata, projek itu memanfaatkan harta intelek KRU, teknologi berasaskan AI dan kekuatan jenama KRU untuk menawarkan pengalaman hospitaliti dan gaya hidup inovatif.

“Langkah ini penting untuk memastikan matlamat Kruniverse menjadi peneraju serantau dalam industri pelancongan berteraskan hiburan dan teknologi akan tercapai.

“Pelaburan RM50 juta itu dijangka direalisasikan dalam tempoh tiga tahun melalui pelbagai mekanisme pembiayaan inovatif.

“Unity Trust Berhad akan bertindak sebagai rakan tadbir urus bebas, memastikan ketelusan, perlindungan pelabur dan amalan tadbir urus korporat yang tinggi sepanjang proses pembangunan,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Dengan mengukuhkan standard tadbir urus yang tinggi, Unity Trust Berhad membolehkan Kruniverse mengejar pertumbuhan dengan penuh akauntabiliti, ketelusan dan penciptaan nilai jangka panjang untuk pemegang taruh.

Kerjasama ini meletakkan asas kukuh apabila Kruniverse bersiap sedia untuk melancarkan projek pertamanya pada November 2025, menandakan permulaan babak baharu dalam perjalanan entiti perniagaannya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Corp Sdn Bhd, Datuk Norman Abdul Halim berkata, kerjasama itu membolehkan Kruniverse berkembang sambil mengekalkan standard tadbir urus tertinggi, meningkatkan pengalaman pengunjung serta membina ekosistem mampan yang memperkasakan komuniti tempatan.

“Kruniverse akan membangunkan serta mengendalikan pelbagai tarikan hospitality bertema, restoran dan pengalaman riadah berasaskan penglibatan pelanggan yang dipacu AI.

“Dengan memanfaatkan harta intelek asli, penceritaan imersif dan penyelesaian teknologi inovatif, Kruniverse berhasrat untuk meningkatkan kualiti hidup sambil menjadi peneraju serantau dalam industri pelancongan berkonsep hiburan,” katanya. - DagangNews.com

standard