KRW mohon campur tangan AFC

LocalFootball
2 Sep 2026 • 3:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: KRW mohon campur tangan AFC

KOTA BHARU: Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) kini memohon campur tangan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi menyelesaikan isu sekatan perpindahan pemain yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pengendali KRW FC, Irfan Bakti Abu Salim berkata, situasi itu memberi kesan besar kepada pasukan untuk kekal bersaing dalam kancah Liga Malaysia (Liga M), musim ini.

“Saya ada menghantar mesej kepada Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John untuk memohon beliau membantu dalam soal ini (sekatan perpindahan pemain), sebab benda ini susah.

“Namun setakat ini belum ada maklum balas positif daripada beliau. Kita tunggulah sehari dua lagi,” katanya.

Beliau berkata, langkah menghubungi Windsor terpaksa diambil walaupun sedia maklum pihak kelab sedang berusaha sehabis baik untuk menyelesaikan masalah berikutan berikutan menyedari masa semakin suntuk buat KRW FC.

Katanya, dorongan untuk menghubungi Setiausaha Agung AFC itu juga timbul disebabkan rasa simpati melihat kesungguhan dan kerja keras pihak pengurusan kelab menguruskan isu berkenaan.

“Isu ini jadi susah kerana kita kena tanggung kesalahan pihak lain yang langsung tidak terbabit dalam kelab ini. Kasihan kepada pihak pengurusan kelab dan kasihan tengok pemain.

“Kita sebenarnya kesuntukan masa untuk ambil pemain baharu kerana jendela perpindahan akan berakhir pada Khamis (hari ini),” katanya.

Irfan Bakti memberitahu, pada masa yang sama beliau amat berharap agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat turut membantu menyelesaikan kes dihadapi KRW FC itu.

“Saya ada dengar perkhabaran yang mengatakan kes KRW FC ini dilayan sebagai ‘special kes’ dan diberikan kelonggaran sehingga 14 hari untuk mendapatkan pemain-pemain baharu. Harap perkhabaran itu benarlah,” ujarnya.-UTUSAN

The post KRW mohon campur tangan AFC appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved