Pagi-pagi dah ada ‘hal’ dekat Stesen KTMB Anak Bukit apabila beberapa penumpang terpaksa mencari jalan sendiri untuk masuk ke kawasan stesen.
Walaupun jam sudah menunjukkan sekitar 6.30 pagi, pintu pagar masih belum dibuka sehingga ada yang nekad memanjat pagar sebelum situasi itu dikongsikan di Threads.
KTMB tampil beri penjelasan

Perkongsian tersebut turut memaparkan gambar dan video penumpang yang terpaksa memanjat pagar sebelum akaun rasmi KTMB ditandakan bagi mendapatkan penjelasan.
Apa benda ni KTM Anak Bukit? Pintu pagar berkunci? Dah pukul 6.30 pagi mana kakitangan? @ktmbofficial.- Tulis pengguna berkenaan.
KTMB kemudiannya menjelaskan keadaan itu berlaku disebabkan kecemasan yang tidak dapat dielakkan melibatkan kakitangan yang sepatutnya bertugas pada waktu tersebut.
Terdapat kecemasan yang tidak dapat dielakkan melibatkan kakitangan yang ditugaskan pada waktu tersebut.- Katanya.
Kakitangan gantian buka stesen

Menurut KTMB, tindakan segera diambil dengan menghantar kakitangan gantian bagi membuka pintu masuk dan memastikan operasi dapat diteruskan seperti biasa.
Walau bagaimanapun, tindakan segera telah diambil dan pintu masuk stesen telah dibuka oleh kakitangan gantian bagi memastikan operasi dapat diteruskan seperti biasa.- Katanya.
KTMB turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku serta memaklumkan perkara tersebut dipandang serius dan langkah penambahbaikan akan diambil.
The post KTMB Mohon Maaf, Penumpang Terpaksa Panjat Pagar Stesen Anak Bukit appeared first on Oh! Media.


![[VIDEO] ‘Dah macam nak fly asrama sekolah’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-25-at-1.50.33-PM-1024x768.jpeg)


![Penumpang Panjat Pagar Stesen Anak Bukit Untuk Ke Platform Kerana Masih Berkunci, KTMB Mohon Maaf & Beri Penjelasan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/stesen-KTMB-Anak-bukit-masih-terkunci-penumpang-perlu-panjat-pagar-781x1024.jpeg?t=1790313153)